iklan

Followers

Pages

Monday 19 December 2011

Pasang tali pinggang keledar belakang di Perodua

13 Disember 2011 lepas aku ke servis Perodua di Putrajaya. Baru sekarang sempat nak up-load gambar dari handphone buruk aku ni untuk share dengan semua kawan-kawan. Bukan servis apa pun, cuma pasang seat belt di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta Kelisa aku.

Ni alamat di Putrajaya ;
Perodua Service Centre (Putrajaya)
Lot. No. 16 (Pt 9049), No. 18 (Pt 9050) & No. 20 (Pt9051), Presint 14,
Industrial Area, 62250, Putrajaya, WP Kuala Lumpur

En. Hisham Bin Mohd
Tel : 03 - 8890 5959
Fax : 03 - 8890 5990
Email : HISHAMMOHD@perodua.com.my
SVC_PUTRAJAYA@perodua.com.m

Dah dekat rumah Ben Ashaari ni rasanya... blogger glamour..ehh.. gurau je ye Ben.


Macam biasa mesti nak ada tempat menunggu sambil Aishah baca suratkhabar.

Kaunter depan di pusat servis.. anak aku, Asyikin leka baca majalah.

Baby pun boleh nak bersantai kat sini juga.

Awek cun yang menjawab panggilan telefon aku. Cun dan lemah lembut orangnya. Nama pun cantik ; Ayu.

Haaa.... ni paling best! Ada free WiFi. Tak le boring sangatkan.

Sebelum datang kena buat appoinment dulu. Sebelum tu aku cuba call servis di Puchong, dah penuh katanya. Jadi aku beralih ke Putrajaya. Syukur ada kosong. Appointment pukul 10 pagi tapi aku lewat 15 minit sebab tak jumpa lokasi. Rupanya dia terletak di kawasan industri, silap tengok simpang di google map.

Tak lama mana pun pasang seat beltnya. Adalah sejam lebih saja. Tak perlu bayar, percuma aje. Tapi percuma hingga 31 Disember 2011 saja aku rasa. Lepas ni jaga-jagalah jangan ada yang kena saman pulak sebab tak pasang seat belt kat belakang bagi kereta Kembara, Kelisa, Kancil.

Hubby aku tanya "tak ada bagi benda lain yang baru ke?".

"Yang baru apa? Satu set baru? Tak ada pulak depa nak bagi satu set Alza atau MyVi ke.. " balas aku. Agak dah niat soalan hubby!

Lega dah bila dah pasang seat belt, asyik delay aje... itu pun dengar iklan kat radio Era.

9 comments:

cikgu said...

nasib keta cf dah ada...sesapa yg um psg gi la sbb masih free lg ni..

sitiezahim said...

Alamak kak kete saya tu takde seat belt lagi huhuhu

Misz-ella said...

ooo .. Kelisa belakang tak da seat belt ye? mmg harusla lieza pasang. safety first, kan.

mas saari said...

oklah percuma kak!

Hanis Azla said...

pusat servis tu dah dekat dgn ofis saya jugak kak.. he..he.. Alhamdulillah dah settle pasang ye kak..

MumMe said...

mumme slalu walk-in di kawasan industri selaman...weekend kurang digalakkan walk in...tp facilities di putrajaya tu best la kak liza...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

Alhamdulillah
untuk keselamatan

Wassalam

qasehraihan said...

kereta lain kena pasang x ek kak??huhu

ummiross said...

Alhamdulillah, lega rasanya bila dah selesai, kan Liza..