iklan

Followers

Pages

Friday, 8 July 2011

Ruginya kalau tak pandai Matematik



Tergaru kepala aku bukanlah sebab ada kutu atau banyak kelemumur tapi sebab anak aku siAsyikin dan Azri yang lemah dalam bab darab dan bahagi. Tak boleh dibiarkan! Aku kena buat sesuatu!

Dulu pun Amirul menghadapi masalah yang sama semasa darjah 5. jenuh juga aku jadi guru tuisyen yang garang mengajar Amirul memahirkan dirinya dengan bab bahagi.

Sekarang Asyikin pula darjah 5, bermakna tahun depan akan hadapi UPSR. Kalau darab dan bahagi tak mahir akan gagallah subjek Matematiknya nanti. Aku yakin kalau dia mahir tentu paling teruk pun dia boleh dapat B. Itulah perubahan yang berlaku pada Amirul dulu bila selalu aje dia gagal Matematiknya tapi dapat juga B untuk UPSRnya tahun lepas.

Kawan blogger aku ada join ekspo di Pulau Pinang hari ini, 8 Julai 2011 berkenaan Buku Sifir Master. Siapa yang berkesempatan ke sana bolehlah jumpa penulisnya. Maklumat di SINI.

Kalau ada yang nak dapatkan Pakej Sifir Master yang sangat berguna untuk anak-anak boleh le jenguk blognya di SINI.

p/s: Matematik penting untuk mahir mengira duit!

4 comments:

tim_fs said...

kak liza..anak saya pulak blh score math..tp dia lmh bm la plak..

Ibu Muda 30series said...

wani dlu start darjah 2 kena denda ngan cikgu maths, buat keje tepi longkang sbb tak reti bahagi

cukup sekali lepas tu terus tekad blaja math betul2

alhamdulillah smpai spm maths tak pernah tak dpt A :)

Dr K said...

Teringat pula saya kisah masa saya sekolah rendah dulu, bagaimana ayah mengajar saya sifir...hehehehe

kyo_9 said...

hmm..
orang biasa cakap darab ngan bahagi tu adik beradik.. tp sebenarnye x semua orang anggap camtuh..