iklan

Followers

Pages

Sunday, 16 January 2011

Memasak...buat je!


Baru je tadi baca entry adik hensem ni kat MySuaraBlog dgn tajuk Perempuan Tak Reti Masak : Apa Pandangan Lelaki? Jenguk le...syok jugak baca komen2 facebook yg di attachedkan. He..he.. yg komennya tentu le para jejaka. Menarik perhatian aku juga sebab aku ni bukanlah expert memasak tetapi retilah juga memasak. Anak dah 5, kalau tak reti memang melampau le. Bak kata salah satu komentar "Takkan hari2 mau makan kat kedai, boleh muflis aku..". Kesian tau kat para suami yg susah payah cari rezeki utk anak isteri makan.

Mak aku memang pandai memasak seperti yg aku pernah cerita sikit dalam entry Mak dengan aku. Arwah ayah pun semasa di waktu2 akhirnya selalu menyebut tentang mak aku yg pandai memasak & pandai juga mengaji. Ilmu tu turun kat kakak aku sama ada masak lauk atau buat kek atau buat kuih. Kadang2 tu, saja je kakak aku buat sambal ikan bilis yg tak digoreng terlebih dahulu, tapi entah macam manalah dia masak, sikit2 aku tambah sambal tu. Anak2 aku pun selalu kata "mak ngah masak selalu sedap!". Memang pun, kadang2 aku lebih suka masakan kakak aku drp mak aku. Cukup simple tapi ada rasa! Dan adik aku memang pandai buat biskut raya & buat kek. Aku? Ala kadar aje! Kadang2 sedap, kadang2 tak! Tapi yg bestnya anak2 aku ni pandai bodek maknya ni. Kalau sedap tu, mulut mereka tak berat nak terus puji "sedaplah mama!". Kalau tak berapa sedap tu, ada yg kata tak seleralah, yg berani sikit kata "kurenglah mama!". Bagi aku, hantam sajalah... esok lusa improvekan sikit.

Actually memang tanggungjawab mak pun ajar anak2 dara memasak. Tapi zaman sekarang tak sama dgn zaman dulu. Mak2 sekarang ramai yg bekerja yg mana tak berapa sempat nak ajar anak2 memasak. Aku cukup respect ibu2 yg walau pun sibuk bekerja tetapi masih sempat nak ajar anak2nya memasak. Tahap kesabaran kena tinggi sebab kadang2 macam aku ni tau nak cepat je. Kalau potong bawangnya satu-satu...alahai bila nak habis. Tapi..yelah kan! Sapa pulak yg baru belajar akan terus pandai. Memang le mula2 slow, lama2 mesti terer!

Masakan pertama yg mak aku ajar ialah ikan masak asam pedas. Masa tu aku baru darjah 4 agaknya. Mak suruh aku tumbuk cili kering sampai lumat. Kejap2 aku tanya mak aku "dah ke mak?". Maksudnya dah lumat ke ni? Rasa macam lamalah pulak aku menumbuk. Itu je lah step pertama yg mak aku ajar. Yang lain mak aku buat. Esok2 lusa barulah dia ajar yg lain pulak seperti masak kari, masak nasi, goreng ikan, goreng sayur. Menyiang ikan pun mak aku ajar. Sekarang tak payah nak siang ikan dah macam dulu2. Bila pergi pasar je kita dah suruh org jual ikan tu siangkan ikan tu siap2. Bila balik rumah aku 'touch-up' je mana yg patut kat ikan tu. Nak potong dua ke, buang muncungnya sikit ke, nak kelar2 ke. Aku paling tak suka siang ikan merah sebab kepala dia keras, kenalah pakai pisau potong daging tu. Hah! Ambik kau! Tak pun nak malas lagi, buang terus kepalanya.

Nak pandai memasak bukan setakat membaca, kena praktikalnya. Kecik2 dulu mak selalu pesan kalau tumis kari tu biar sampai pecah minyak. Kadang2 aku mengelat nak cepat, belum minyaknya keluar masa tumis kari tu aku dah letak ikan & tambah santan. Mak aku boleh detect tu! Adoi...kena marah le.. aku buat muka selamba je. La ni tak buat le dah..masak betul2.

Memasak pun banyak petuanya yg aku tidak le tau banyak pun. Cuma bila goreng ikan bilis tu anak aku boleh tau siapa yg menggorengnya sama ada aku atau ayahnya. Dia boleh tahu dari segi rangupnya ikan bilis tu. Ni mak aku pesan lagi, kena panaskan minyak dulu. Bila dah cukup panas barulah basuh ikan bilis tu & terus masukkan dalam kuali. Jangan tangguh2 dah. Goreng le secukup rasa...jgn hangus pulak sebab ikan bilis ni cepat garingnya.

Aku rasa zaman sekarang nak memasak tidaklah sesusah mana utk org yg reti memasak ala kadar macam aku ni. Macam2 perencah ada, cili pun tak payah nak tumbuk. Semua dah siap. Semalam anak dara aku pun dah pandai goreng ikan bilis macam yg aku ajar. Lepas tu dipotongnya bawang besar & bawang putih. Potong lobak merah & lada benggala hijau tu juga nipis2. Tumis semua bahan tu, pecah telur dua biji dalam kuali tu, bubuh nasi. Tambah garam dalam 1 sudu kecik, perencah nasi goreng kampung & ikan bilis tadi. Kacau sampai rata. Sekejap je dah siap. Adik2nya kata "sedappp...!". Simple je! Murah pulak tu utk semua org makan. Adik lelakinya pulak buatkan teh O satu jag. Maknya bagi arahan & makan je..he..he..

Banyak lagi makanan yg mudah nak sediakan. Yg satu lagi ni memang anak2 aku pandai buat ; sandwic telur. Telur di rebus je sampai keras isinya. Mak aku kata angkat telur tu dgn sudu. Kalau cepat keringnya kulit telur masa angkat tu bermakna dah keras le. Kalau nak telur separuh masak pulak biasanya bila air baru nak didih je aku dah matikan apinya. Telur yg dah masak tu aku rendam dlm air sejuk. Kalau sejuk senang nak kupas. Lenyek telur2 yg dah dikupas tadi bersama2 mayonis. Isi je mayonis tu ikut rasa. Asal lembik2 sikit biar senang nak sapu kat roti. Apa lagi, sapu le kat roti, lipat & makan. Kalau rasa nak tambah salad pun boleh ; hancurkan sekali dgn bahan2 tadi, atau tambah lapisan cheese. Eloknya sapu majerin dulu kat roti supaya sedap & roti tak cepat lembik kalau buat bekal. Senang je kan! Resepi sandwic tuna kakak aku le yg memang sedap & padat. Banyak le bahannya juga.

Untung aku dapat hubby pun pandai memasak juga. Paling expert buat air asam stail 'banjar' yg di warisinya daripada arwah Pak Su dia. Banyak ilmu yg dipelajarinya drp arwah Pak Su yg dulu seorang ketua memasak bila ada kenduri-kendara di Kg Parit 3, Jalan Gula kat Simpang Semanggol tu. Dulu aku yg ajar hubby aku buat sup, sekarang sup dia lagi sedap. Tapi aku ni kalau memasak memang tak guna 'ajinomoto'. Tak suka! Kalau sup tu memang original flavor le. Setiap kali aku dlm pantang lepas bersalin baby memang suami aku le jadi tukang masak. Sekarang pun rajin juga dia turun dapur. Dia cukup expert nak pilih ikan, udang, sotong, daging yg segar2 kat pasar. Aku order je!

Kakak ipar aku sangat rajin memasak & sedap pulak tu. Dia surirumah sepenuh masa, memang jarang sangat le keluarganya nak makan kat luar kecuali kalau pergi jalan jauh ke mana-mana ke. Bak kata kakak ipar aku (kakak suami aku), kalau malas2 pun boleh goreng ikan je. Sedap juga buat makan malam. Kadang2 penat balik kerja, tak tau nak masak apa yg cepat ; goreng telur yg kacau dgn mayonis. Tumis bawang & masuk sardin je. Jangan hari2 pulak. Jemu le.. Sekali-sekala aku sms kedai dekat rumah aku tu nasi goreng cina, nasi goreng kampung atau apa2 yg anak aku nak. Agak2 dah siap tu pegi le ambil. Nak buat selalu tu boleh je... ikut poket sendiri le.

Seronok memasak ni sebenarnya. Boleh mengeratkan hubungan keluarga juga. Yg paling ketara bila aku nak buat kuih karipap. Macam2 rupa muncul sebab pembantu aku ramai bebeno. Bertepek-tepek le tepung kat meja makan sebab anak2 aku semuanya nak mengadun rupa karipap yg kadang2 jadi raksasa. Suka hati koranglah nak oiii....

7 comments:

Encik Ska said...

Memang seronok pun memasak ni, hehe ;)

Hanis Azla said...

bagusnya.. byk petua dapat kat sini.. Thanks yer.. Mak saya pun sgt pandai memasak. Klu mak masak mmg ramai yg memuji. Adik-adik saya pun klu masak mmg sedap. Tapi saya ni ada kureng sikit sebab mak duduk sekali. Jadinya mak yg selalu masakkan. Tp ada juga masakan saya yg mak kata sedap. Itupun makanan fav anak2 and en. asbem.. he..he..

Liza @ Adzriel AB said...

petua yg biasa2 je..yg luar biasa tu tak de le pulak sbb bukan expert memasak pun.

wardah said...

betul tu kak liza, kalau masak sendiri...lauk simple pun sedap..dan puas makan!! Kalau beli ni lain...

Liza @ Adzriel AB said...

ulam dgn ikan bakor cecah air asam pun dah sedap wardah.. terliur lak.

Nur Hidayah Binti Mat Lazim said...

erm memasak hentam jer mak kater asl ader rasa n tak mentah kira ok ler tuh :) mertua orang semanggol perak yer kak??? org kg lah kite yer ^_^ tapi sekrang merantau jauh ke serawak ermmm rindu kg

Liza @ Adzriel AB said...

la... ye ke... boleh le kenal2 lebih lagi. kita gi Bukit Merah sama2 ye. jauhnya ke sarawak. sama le sekarang pun..kak liza masak, hantam saja.