iklan

Followers

Pages

Tuesday 7 February 2012

Berkemban dulu dan sekarang

Dulu-dulu kita tau wanita ramai yang berkemban bila mandi. Jika mandi di telaga, adalah mata-mata yang cuba mengintai. Cucuk biji mata baru tau! Sebab tu sebaiknya telaga yang dibina untuk mandi patut ada dinding kelilingnya macam bilik air. Kalau tidak bawa air balik rumahlah, mandi kat bilik air rumah je.

Tau ke apa makna berkemban ni? Orang yang memakai kain di paras atas dada itulah dipanggil berkemban. Kadang-kadang ada juga orang lelaki yang suka berkemban dengan kain pelikatnya. Kelakar pulak aku tengok.

Apa cerita tiba-tiba nak sebut pasal berkemban ni? Bukan niat nak cerita kisah 18SX pun. Cuma sekarang ni aku tengok ramai benar wanita yang suka berkemban. Kalau korang baca apa makna berkemban yang aku sebut tadi maka fahamlah apa maksud aku.

Macam aku kata tadi, wanita dulu-dulu berkemban semasa mandi di sungai, telaga atau pun di rumah tetapi sekarang tidak lagi. Situasi berkemban sudah dibawa ke majlis yang besar-besar dan berprestij yang selalunya diadakan di hotel-hotel besar atau majlis keraian di rumah-rumah persendirian.

Gambar Google

Kualiti kain yang digunakan untuk berkemban pun dah semakin bagus berbanding kain batik lusuh seperti orang dulu-dulu. Minda manusia semakin mengundur ke belakang agaknya, berpakaian seperti orang dulu-dulu. Semakin 'tidak mampu' membeli kain yang cukup untuk dijadikan pakaian yang sempurna. Kesian betul aku tengok. Nak bantu bagi derma pun aku teragak-agak sebab selalunya mereka yang suka berkemban di khalayak ramai ni lebih cantik dan gah keretanya daripada Kelisa buruk aku.

Mungkin sekarang berkemban, esok lusa sempurnalah kain tu jadi pakaian yang menutup mana yang patut agaknya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, sikit-sikit lama-lama jadi bajulah tu.

Maaflah, tak ada gambar berkemban di blog aku ni. Yang cantik tu simpan-simpan untuk suami masing sudahlah, baru ada harga.

5 comments:

cheqna said...

setuju dengan ayat last =)

Cik mama said...

berkemban dah jd trend fesyen skg ni...

Jey said...

makin lama manusia makin 'miskin'

mas saari said...

orang sekarang lebih suka berkemban di khalayak ramai...huhuhuuu

ellynadyra said...

Fesyen katanya