iklan

Followers

Pages

Thursday 28 June 2012

Lama tunggu repair kereta, nasib ada Lite FM

Kelmarin sempat menemani jiran aku, Nia Adaman repair aircond keretanya yang panas tak mahu sejuk. Dari  1-2 bengkel yang dia refer sama-sama kata compressor punya masalah. Tak boleh nak bertahan dari kepanasan kerana hari-hari nak hantar dan ambil anaknya pergi dan balik sekolah. Maka hubby cadangkan padanya pergi ke bengkel ini, bertentangan dengan bangunan Tabung Haji Kajang. Kami lalu ikut Sungai Chua.


Di seberang jalan sana tu Tabung Haji Kajang.
Last aku pergi repair compressor aircond kereta Kelisa aku dah 4-5 tahun lepas rasanya. Hubby yang rajin ke sini. Kitaorang panggil pemilik bengkel ni 'Uncle' je.

Bestnya 'uncle' ni tak macam kedai-kedai lain yang akan cepat je nak suruh tukar part kalau rosak. Kalau dia boleh repair compressor tu, maka dia akan repair. Tapi kalau teruk rosaknya barulah dia suruh tukar. boleh bawa part sendiri atau beli di kedainya. Memang pakar aircond.

Tapi masa aku pergi dengan jiran aku ni, anaknya kata 'Uncle' dah pencen. Duduk kat rumah mengadap TV je.. he..he.. jadi bisnes turun ke anaknyalah.

Motor kapcai tokey kedai... Sempoiiiii!

Mangsa yang nak kena tukar compressor

Minta tolong check absorber sekali..
Cuak bila tokey bengkel kata condensornya pun problem. Habis setabung bahan cuci dia guna untuk cuci condensor, warna cecair yang keluar tetaplah hitam. Dia pakai thinner agaknya. Bukannya aku tau sangat pun.

Alamak! Kena tambah duit lagi le nampak gayanya.

Tukar compressor dan condensor aircond, ganti fog lamp (fog lamp dah beli sendiri), check absorber yang berbunyi mencecah juga ke angka RM1K lebih sikit. Duit jiran aku le! Aku tolong temankan aje... kalau aku maunya tepuk dahi dah. Apa nak buatkan, kalau tak di repair sekali semuanya nanti nak kena tambah kos berganda untuk kerja buka dan pasang bumper pulak.

Datang pada pukul 2.00 petang. Sejam lepas tu kami berdua pakat-pakat melintas hala ke seberang dekat Tabung Haji nak pergi minum di gerai depannya. Melintas jalan lebih penakut daripada budak sekolah je gayanya. Maklum sajalah dah lama tak buat kerja-kerja melintas kat jalan bandar yang sibuk ni. Bukan ada jejantas pun. Jangan ada yang kena cantas.

Habis makan kami menanti pulak dalam bengkel tu. Tokey tu bagilah dua buah kerusi plastik untuk kami duduk. Ini bukan bengkel mewah ye! Nyarislah dia pasang lagu-lagu yang menggamit kenangan silam. Aku ingatkan dia pasang CD lama, jiran aku kata "radio ni Kak Liza, ada orang cakap-cakap tadi!".

Lagu-lagu nostalgia dari Lite FM, 105.7 ; http://www.litefm.com.my/

Lagu yang aku hafal 23 tahun yang lalu... Leave A Light On! Wow!!

Lepas tu kami pakat set-up channel 105.7 kat radio kereta masing-masing... *(^_^)*...

5 comments:

-Sara- said...

lite fm ni klo layan tenangg jee rasa..oldies gitu kan kak! hihi

Dr K said...

betul tu, saya akan stick pada bengkel yg biasa, yg mana mereka tak tipu kita, suruh tukar part yg tak rosak..tu sebab kena tahu sedikit sebanyak tentang kereta ;)

bicara mak dara said...

nasib baik ada lite fm kan takdelah boring sangat.. saya kalau teman somi repair kereta mesti pastikan ada kedai makan yg berdekatan hahaha biar dia repair kereta dan saya makannn hehehe

atuk said...

Assalamualaikum Liza

tentu kawan tu suka hati...sebab Liza temankan dia

umiawadah said...

kak liza,kedai cina tapi pasang lagu melayu ke?wah sama je macam kat raub tu,lagu melayu sedap je dia pasang..taklah boring kan..