iklan

Followers

Pages

Monday, 10 January 2011

Jalan kaki ke sekolah

Azri, darjah 3 ; pagi2 dah komplen kat aku.."kenapa mama tak hantar dekat sikit?". Dekat pintu pagar sekolah le maksudnya. Mmm... kereta banyak depan sekolah tu. Malas nak tambah jem... tension mak bapak yg kalut nak pi keje nanti.

Alahai anakku...jangan le manja bebeno. Exercise le... bukan jauh mana pun. Tak sampai pun 1 minit nak sampai ke pintu pagar tu. Tak taulah kenapa dia nak komplen hari ni. Selalu tak pulak macam tu. Agaknya pasal 3 minit lagi pagar nak tutup gamaknya.

Mama dulu jauhnyalah nak jalan kaki ke sekolah. Setengah jam baru nak sampai kot. Itu baru 5 tahun nak ke tadika. Jalan sorang2 pulak tu... Aku pun berani pulak masa tu...sekarang pun sama je. Masa tu arwah ayah ada basikal je...tak berbaloi juga nak hantar dgn basikal tu dgn jalan yg berbukit-bukit kat Jengka 16 tu. Sampailah aku darjah 1, barulah ayah beli motor Suzuki biru tu dgn plet CM8562. Mak kata motor buruk tu dah jual kat orang sekarang ni sebab ayah ada motor lain yg kakak belikan. Kakak beli pun masa kami adik-beradik dah bekerja & berkeluarga pun.

Bila diingat, mak aku boleh lepaskan aku jalan kaki ke sekolah seawal usia 5 tahun. Kalau sekarang jgn harap le... banyak beno syaitan bertopengkan manusia. Takut aku walau pun anak aku yg sulung ; Aishah tu dah 15 tahun pun. Yg no 2 ; Amirul tu dah 13 tahun berjalan kaki bila balik sekolah je... itu pun dekat aje. Tak sampai 15 minit dah sampai rumah. Aishah & Amirul bersekolah di sekolah menengah yg berbeza sebab result UPSR Aishah lebih cemerlang. Jadi Aishah dapat bersekolah di sekolah bestari di Bandar Baru Bangi. Amirul bersekolah di sekolah yg baru saja dibuka tahun ini (2011) di Bandar Seri Putra.

Hanya 2 org yg masih di peringkat rendah ; Azri darjah 3 & kakaknya Asyikin darjah 5. Baby Arif kecik lagi...baru setahun setengah.

Pagi2 memang aku biasa park kereta kat tepi sekolah berdekatan kawasan perumahan utk turunkan anak2 aku. Tak sanggup aku nak join jem depan sekolah tu. Lagi pun kesian kat parents yg memang sedang kelam kabut nak ke tempat kerja. Aku yg very fleksibel ni malas le nak tambah kalut diaorang. Kalau tahun lepas biasanya aku park kat ruang kosong depan pintu sekolah tu sebab biasanya tempat tu kosong. Parents cuma lalu saja & turunkan anak tanpa park kereta dulu. Tapi masalahnya aku nak keluar susah le sebab kereta bertali arus lalu. Terpaksalah aku tunggu sampai reda sekejap sebab aku pun bukan kalut nak ke ofis pun. Proses nak keluar parking dah tentu akan buat laluan jem nanti. Mmmmm...tak payahlah utk tahun ni.

Masa sekolah rendah dulu kadang2 ayah datang ambil aku dgn motornya. Rasanya tak de le stuck macam zaman sekarang ni. Sekarang ni anak yg nak diambilnya seorang aje, tapi keretanya panjang bebeno. Dah ambil banyak ruang. Van sekolah pun tak ada masa aku sekolah rendah dulu... sekolah kampung, begitu le. Walau pun rumah di hujung kampung, tetap ada yg berjalan kaki, naik basikal atau naik motor. Susah sgt nak nampak kereta. Apa nak buat...perubahan zaman, ada baik adalah kurangnya.

3 comments:

LilyGrynn said...

I kena bangun 30 minit awal mulai tahun ini dan kena memasak ala kadar awal pagi. Anak den one and only tu baru masuk tadika. Mummynya pun kenalah tadika sama selama seminggu.

Betullah tu, memang dulu lain sekarang lain kekdahnya.

Adzriel AB said...

uih..tadika dah. bagi adik lagi sorang..bertambah le kalutnya nanti. takpe..fokus pd one & only tu.. hari2 kena tanya apa dia belajar kat sekolah sementara dia sorang. kalau dah ramai mcm kak liza ni memang jenuh le nak tanya.

fadhdeela said...

hihi manjanyer anak2 skrg..:P deela dulu g sek sndiri naik basikal..kadang2 jln kaki..sedeh!

im following u too :P

Jom singgah: Awek kena rogol didepan BF!