Saturday, 29 January 2011
Drive thru yg menyusahkan
Pagi2 selepas hantar Asyikin ke sekolah kerana ada merentas desa, aku terus singgah gerai Cik Pah. Dah lama aku tak singgah beli kuih kat situ. Hari ni beli bihun goreng & karipap sardin utk anak2. Malas nak masak breakfast hari ni. Anak2 aku suka sambal ikan bilis Cik Pah ni sebab tak pedas sangat.
Memang selalu sangat aku nampak suasana yg tak menarik di depan gerai Cik Pah ni. Bukan Cik Pah yg buat hal tapi customer2 yg nak membeli di gerai nasi lemak dia. Aku rasa bukan Cik Pah je yg mengalami masalah begini. Ramai juga menghadapi keadaan begini. Biasanya orang akan marah Cik Pah sebab pacak gerai sementara di tepi jalan.
Aku pun pelik dgn kerenah customer yg suka beli nasi lemak ikut tingkap kereta je. Dia ingat gerai nasi lemak 'drive thru' gamaknya. Kereta dia dah menghalang laluan orang lain yg lalu lalang di situ. Bagi aku orang begini memang mementingkan diri sendiri.
Apalah salahnya dia parking dulu kereta elok di mana2 parking lot yg sesuai, keluar dari kereta & berjalan ke gerai tu utk sama2 ambil giliran dgn orang lain membeli nasi lemak. Kawasan taman perumahan dekat lot2 kedai tu bukannya busy sangat pun. Banyak parking lot yg kosong. Berjalan le sambil bersenam sikit utk kesihatan. Tak adalah buat orang lain marah di pagi yg hening ni.
Aduhai! Serba salah Cik Pah dibuatnya. Mana nak layan yg berdiri depan gerai dia, yg mintak 'drive thru' lagi. Tak dilayan nanti, marah2 pulak. Cik Pah ni lemah lembut orangnya, memang tak reti nak marah. Senyum je dgn kerenah2 customer dia. Macam lipas kudung Cik Pah membungkus nasi lemak satu persatu utk customer2 yg menunggu. Nasib juga suami tercinta turut membantunya.
Ada satu lagi perangai ialah parkingnya tu kira oklah sebab bukan atas jalan laluan kereta. Cuma masalahnya sesuka hati dia park kereta tak masuk lot parking betul2. Ada yg senget atas line sampai ambil 2 lot. Ada yg patut parking menegak, di parkingnya melintang ; Nah! 3 lot parking untuk kereta dia sorang je.
Bila aku tengok tadi, patutnya jalan tu tak jem, gara2 kereta sebijik yg buat 'drive thru' buatkan motorsikal nak menyelit pun tak dapat. Aku harap sesiapa yg suka buat perkara2 begini, yg suka 'drive thru' di tempat yg tak sepatutnya tu boleh ubahlah cara. Jangan pagi2 lagi dah ada orang lain mendoakan & menyumpah kita. Bukan seorang tapi ramai pulak tu yg menyumpah!. Kita nak lah orang doakan yg baik2 je utk kita!
Lain le kalau kat Mc D tu, aku memang suka beli 'drive thru' pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hurm...manusia yg tau nak senang je mmg camtu kan..hihi
tapi AIM pon selalu gak wat...ahaha..cuma tengok line clear ke tak la kan.. kalo kat jln2 kampung tu biasa je buat, sbb keta pon x byk...n kita tak halang org :)
Post a Comment