iklan

Followers

Pages

Tuesday 6 December 2011

Mahalnya belanja sekolah sekarang ni..

Pagi tadi barulah sempat ke kedai buku sekolah rendah. Aku bawa duit dalam RM300 je, budget habis tinggi pun RM200 je. Silap budget rupanya aku. Aku terpaksa belanjakan sebanyak RM272.60 untuk 2 orang anak aku dalam tahun 4 dan tahun 6.

Itu pun aku dah tolak sesetengah barang sebab yang lama masih ada seperti buku nilam, buku catatan kerja rumah, pembalut buku dan file. Ada buku kerja yang tak ada bagi subjek Kajian Tempatan lagi. Tambahan lain seperti lencana, tali leher dan sebagainya pun aku tak beli.

Terasa mahalnya bila kos untuk buku tulis sahaja hampir mencecah RM50 dan buku kerja hampir saja RM100 setiap seorang. Itu baru kos untuk 2 orang anak di peringkat sekolah rendah. Ada 2 orang lagi anak aku yang bersekolah di peringkat menengah iaitu tingkatan 2 dan tingkatan 4. Berapalah agaknya kosnya nanti ye?

Baju sekolah dan kasut sekolah belum beli lagi. Rasanya tak kurang dari RM1000 akan habis nanti. Itu baru sekolah-sekolah biasa sahaja, kalau swasta lebihlah ribu-ribunya. Gatal kepalalah hubby aku ye tahun ni. Eh! Ada lagi yang nak dikira ; kos tusyen anak-anak lagi.

Mahalnya kos pendidikan sekarang ni kan. Aku baru merasa peringkat menengah, kalau ke universiti nanti kenalah bekerja lebih gigih untuk cari lebih duit untuk anak-anak. Samalah macam aku ambil lesen kereta dulu yang bayar tak sampai pun RM300 tapi sekarang nak dapat lesen motorsikal pun tak dapat dengan nilai yang sama.

11 comments:

Misz-ella said...

Camna la org yg anak ramai ye?

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

skrg sume naek harga.sume mahal.rm50 dah macam rm10 je.cepat abis.huhu~

Anonymous said...

ermm caner la kita nti, skang idup sorg pon kdg2 kesempitan...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dunia skrg, semuanya meningkat... mendadak pulak tu. kan? sabar je lah..

Fazlinil Irma said...

bg anak ramai. yg kurang berkemampuan, awal tahun dah kena menyimpan sikit2 utk tahun seterusnya. ni belum masuk raya. bercuti. kecemasan.

bila la nak merasa pendidikan dan kesihatan di msia percuma kan..

Zura said...

kak, tu x termasuk kos nanti belanja harian kat skolah...

kak tie said...

akak selalu beli barang2 skolah anak kat Borong Sakan,..rasanya kat situ lebih murah dari tempat2 lain..maklum dulu anak skolah je 4 orang sekaligus..tahun depan cuma stinggal sorang je..x de la rasa beban sangat..

mas saari said...

betullah kak! saya baru anak dua ni pun dah terasa... camne lah orang yang anak sekolah sampai 5 orang tu!!

ummiross said...

Hmm betul tu Liza, teringat semalam MHI TV3, ada tetamu tu bergurau, bajet di buat untuk dilanggar, sebab memang tak boleh nak elak, barang2 memang mahal sangat sekarang.

Hanis Azla said...

betullah kak.. serba serbi mahal.. smlm beli kasut sekolah anak sorang sepasang dengan stokin.. dekat 200 juga duit yg keluar.. itu baru 3 org anak.. klu ramai tentu lebih besar belanjanya..

jelah said...

susah nk cari bende yang murah sakrg ni...