iklan

Followers

Pages

Thursday, 8 March 2012

Bosannya menunggu! Masa sekejap saja berlalu..

Arif nak memandu kereta mamanya...







Arif sibuk bertanya "Ane kakak Ikin ni? Abat aaaa...!"... maknanya "Mana kakak Ikin ni? Lambat laa..!". 28 May 2012 ni cukup usianya 3 tahun. Sekejap aje dah besarnya.

Bosan agaknya menunggu lama kakaknya balik dari tusyen pada sabtu 2 minggu lepas. Baru hari ini berkesempatan nak upload gambar.

2 tahun lagi dah nak sekolah tadika. Lama dah aku tak melayan anak ke tadika sebab beza umur Arif dengan abangnya Azri tu 7 tahun. Arif anak aku yang ke 5, sangat manja dengan semua ahli keluarga. Dah anak bongsu dan beza umur pun jauh, memang ramailah yang melayan kerenahnya.

Terasa kejap benar masa berlalu. Tahun depan anak sulung aku, Aishah bakal berada di tingkatan 5. Rasanya dulu aku melayan dia baru seusia dengan Arif ni. Macam-macam kerenahnya. Pada pandangan aku, Arif lebih banyak ikut iras wajah Aishah dan banyak akal macam Aishah juga.

Aishah jadi pembantu aku angkat bakul bila terlajak shopping di Tesco... Senyummmm..!!

6 comments:

mas saari said...

betul tu kak, kadang2 kita tak sedar anak2 dah semakin membesar..

Huda said...

Dah besar anak akak kan, dah boleh bantu..seronoknya..

Reena said...

da bsar ye anak akk..:))

ummiross said...

Comelnya Arif, dah macam ustaz pun ada hehe..

diana said...

lawa anak dara kak
liza nie..:)

- GC - said...

comel la arif..