iklan

Followers

Pages

Sunday, 4 March 2012

Sila beri laluan, jangan bagi suhu amarah orang lain naik!

"Mama! Kenapa banyak kereta kumpul kat depan tu?", anak aku bertanya.

"Oooo... orang depan tu slow sangat, yang lain mengekor ajelah! Dah tau slow tak nak guna lorong kiri!", aku pulak mengomel.

"Kalau slow kena guna lorong kirikan mama?", tanya Asyikin lagi.

"Ha..ahh!", balas aku!

Hal macam ni selalu sangat berlaku, malah hari-hari pun. Memandu kereta di lebuh raya yang ada 3 lorong kenalah peka dengan lorong yang betul. Kalau dah ada 7-8 buah kereta mengekor kita di belakang tu, sedangkan di hadapan kita tak ada kereta pun bermakna kereta ni bergerak lebih perlahan berbanding kereta lain. Jadi eloklah tukar ke lorong kiri sekali atau tengah ikut kesesuaian keadaan lalu lintas.

Macam tak ada perasaan agaknya memandu atau syok sendiri memandu di lorong paling kananlah kononnya. Pemandu kenderaan di belakang dah bengang sebab nak memotong pun tak ada ruang kerana ketiga-tiga lorong tiada ruang untuk mencelah. Lainlah kalau ada satu lorong itu saja.

Jangan syok sendiri semasa memandu hingga susahkan orang lain. Berilah laluan pada mereka yang lebih laju. Tak perasan ada kereta di belakang? Sia-sia aje ada cermin pandang belakang. Kalau jenis yang takut tukar lorong pun lain kali gunalah lorong kiri atau tengah saja. Jangan usik lorong kanan sekali, kalau jenis penakut le..

7 comments:

Huda said...

Saya pun memang pantang kalau orang drive lembap pastu syok sendiri guna lorong laju..cam takde perasaan dan peka dengan driver lain, kan?

mas saari said...

memang selalu kak! kadang2 tu pasangan kekasih tengah asyik masyuk bercinta.. geram je!

ummiross said...

betul lah Liza,biasa jumpa orang yang macam ni, tak tau lah apa yang ada dalam fikiran mereka, tengok kereta berderet kat belakang pun selamba je..

.........cP~ said...

Salam.

Tu la pasal. Abang selalu bebel bila bawka kereta. Makan angin ni namanya.

zati embong said...

xde plak kena nk cucuk bntot kete dia dekat2.bagi dia debar.hihi

Dinas Aldi said...

Spesies buta perut tu.

muslimah rempit said...

err.. Encik Kak So pun macam ini punya specis...
Walaupun Kak So dah bising2 kata kenderaan lain banyak dibelakang dia boleh buat selamba jer... issskkkk *ketap gigi geram*

"Encik sila sedar diri Cik Hijau kita sudah Umur 18 tahun la"