iklan

Followers

Pages

Saturday, 10 March 2012

Suka hati kau je terjah masuk!

"Assalamualaikum!", terdengar ada suara seorang lelaki memberi salam di luar rumah.

Aku selak langsir dan nampak dia buka pintu pagar rumah aku lalu terus ke depan pintu. Terdetik di hati aku "Siapa ni? Kawan hubby ke?".

Aku membuka pintu sedikit dan menjawab salamnya. Terus aku bertanya apa tujuannya datang.

"Kakak ada terima sample dari kami tak?", tanya si lelaki.

"Tak ada, ni dari mana?", tanya aku semula.

"Kami dari syarikat penapis air dari Senawang! Kalau akak tak terima sample tu tak pe!", jawapnya.

"Tak kisahlah dari mana, ni tiba-tiba datang buka pintu pagar dan terjah masuk ke dalam ni kenapa?", balas aku.

Memang benganglah aku orang yang macam ni. Sangat bahaya dia buat macam ni jika anak-anak aku saja yang berada di rumah. Waktu tu dah petang pun biasa pagar memang tak berkunci sebab hubby baru balik kerja pun.

"Minta maaflah kak...", balasnya.


"Ha'ah... tak pe lah!", pintas aku lalu menutup kembali pintu rumah. Panas hati sikit dengan sikapnya yang berani betul buka pintu pagar depan dan terus masuk macam tu aje. Ingatkan kawan hubby aku.

Aku pun buat kerja jualan juga tapi sangat kurang sopan jika masuk kawasan rumah orang sesuka hati macam tu saja. Janganlah terdesak sangat sampai merosakkan nama para penjual yang lain dengan sikap kurang sopan kita ini. Bak kata orang tua-tua "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

Samalah seperti kerja yang aku buat sekarang yang sering mengajak insan lain untuk melabur dalam saham unit amanah. Setiap etika kerja perlu dijaga dan dipelihara agar tidak tergadai maruah, tidak berlebihan dalam berjanji keuntungan melampaui kemampuan dan bersikap jujur.

Janganlah kita terlalu mengejar keuntungan hingga segala yang salah kita langgar saja. Jangan kerana sikap buruk kita itu merosakkan nama rakan sekerja dan nama syarikat yang kita bawa. Jagalah privacy orang lain juga.

10 comments:

Yayan. said...

agak laa. kadang-kadang tu sampai menjenguk ke pintu cermin rumah. geram je rase. =.='

atuk said...

Assalamualaikum Liza

itu sudah melampau...sampai masuk ke kawasan pagar rumah

ummiross said...

Rimas kan Liza, kalau main terjah macam tu..terus rasa tak nak beli kan..tengok pun tak nak.

Muhammad Izuan said...

x skolah tu

ummiarissa said...

kalau kat umah mak saya,dia terus kuncikan pintu pagar dengan mangga tiapkali masuk rumah...jadi jurujual payah nak masuk...anak-anak ada kunci spare...

mas saari said...

kadang2 diaorang ni memang tak hormat privacy orang..

saniah said...

Mmg tak pandai buat kerja org mcm tu..klau akak pun mmg jd panas hati

Dinas Aldi said...

Takut jugak dengan jurujual yg terlebih berani macam tu..

mama tim said...

salam kak liza..

saya dah kena camni byk kali..pastu semenjak dah beberapa kali kena trus saya kuncikan pagar dan buat auto gate..ada tu jual getah utk dapur gas lagilah sampai paksa2 org beli..hati2 kak..mcm2 blh jadi skang ni..

kak liza jemput singgah blog baru suami

http://www.pelaburemasperak.com

.........cP~ said...

Salam.

Kadang-kadang ada yang bersikap memaksa. Takut dibuatnya. Maaflah kat para penjual macam ni, kami memang awal-awal tak layan. Bukan apa, banyak sangat dah orang macam ni yang buat onar. Kesian orang lain yang cari makan elok2.