iklan

Followers

Pages

Wednesday, 28 March 2012

Selepas kahwin haram, sebelum kahwin pun haram juga!

Tersengih sekejap aku baca entry blogger terkenal ni tentang artis terkenal, Awal Ashaari yang tidak benarkan Scha Al Yahya memeluk lelaki lain setelah disahkan menjadi isterinya. Tersengih sebab aku suka dengan peringatan tu. Kenalah ingatkan walau pun dah tahu tak boleh kerana maklum sajalah kita ni tahu perkara yang boleh dan tak boleh tetapi selalu saja nak buat yang bertentangan.

Entry tu korang boleh baca di SINI. Klik je!

Aku tersengih juga sebab rasa kelakar pun ada. Maklum sajalah, tentu ramai antara kita yang berugama Islam tahu tentang ini. Bukan setakat peluk lelaki yang bukan muhrim tu tak boleh, malah sentuh pun tak boleh. Dan bukan juga tak boleh peluk selepas nikah malah sebelum nikah pun tak boleh jika lelaki itu bukan muhrim. Kecualilah lelaki bukan muhrim tu jadi suami, bolehlah nak peluk. Itu pun selepas nikah.


Tapi baguslahkan bagi peringatan macam tu. Ada orang anggap peluk tanpa syahwat ni tak pe. Sekadar memenuhi skrip atau tanda mesra persahabatan tetapi hal yang dianggap kecil inilah yang boleh menjadi penyebab pada pergaduhan besar dan perceraian suami isteri. Memang sesuai sangatlah peringatan begini.

Jangan ada rasa terkongkong bila suami pesan begini. Kita pun pasti cemburu jika ada wanita lain yang dipaut bahu atau pinggangnya oleh suami kita. Lainlah kalau kita tak ada rasa bersalah menggunakan nama Islam dalam IC kita maka budaya barat peluk memeluk dan cium mencium ni tak jadi masalah buat kita.

Baca juga entry teman blogger apa yang jadi dengan tajuk 'Akibat menyentuh tangan'.

5 comments:

ummiarissa said...

elok jangan terus berlakon je scha tu,duduk rumah jalankan tanggungjawab sebagai isteri solehah...banyak lagi cabang rezeki kalau kita nak tambah pendapatan..banyak lagi kena belajar ni..

wahida said...

tapi selalu je dgr artis kata itu tuntutan skrip...huhu...

menjalankan tanggungjawab katanya...huhu...

mas saari said...

hurrrmmm..biasalah orang skrg! dah kawin baru nak larang itu ini... sblm kawin tak pulak!

.........cP~ said...

Salam.
Tersenyum jugak tadi. Tak tay nak komen. Artis.

C'Jai said...

Betui2 wahida.... 'tuntutan skrip'..... Hehe...
Tuntutan agama....????