iklan

Followers

Pages

Monday, 19 March 2012

Operasi cari kutu, buatlah! Jangan susahkan orang lain pulak!

Masalah biasa tapi seringkali ada yang tak ambil peduli. Ini yang dikatakan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Apa yang sikit jadi banyak tu?

Ada dua perkara yang sikit tu yakni kutu yang sikit membiak jadi banyak dan marah yang sikit lama-lama rasa nak meletup pun ada. Amboi Liza! Marah nampak! Geram je.

"Kak! Kepala Arif ada kutu! Buat operasi mencari lagi kemarin!", aku memberitahu pengasuh anak aku.

Marah pasal kutu aje pun. Macam kecil je masalah tu kan. Tapi kadang masalah kecillah yang boleh buat masyarakat porak peranda, pergaduhan besar, suami isteri bercerai-berai, mencederakan orang lain dan lagi teruk bila sampai membunuh. Hal kecil je sebesar seekor anak kutu kepala.

Ini masalah kutu kepala yang hinggap di kepala anak kecil aku si Arif yang baru berusia 3 tahun sebab dia sorang je yang aku hantar ke rumah pengasuh. Itu je masalahnya tapi cukup buat aku geram sebab dah banyak kali berlaku dalam setahun.

Aku pernah luahkan rasa dalam entry 'Kutu berhak betul' pada May 2011 lepas. Selepas itu pun sebenarnya berkali-kali juga terkena lagi dengan serangan kutu kepala ni.

Maka berkali-kali jugalah aku mengadakan operasi mencari ke atas semua kepala ahli keluarga aku. Biasanya yang selamat hubby aku sebab rambutnya jarang. Maka kutu tak dapat nak menyorok. Anak sulung aku, Aishah pula pun tak ada juga walau pun adiknya, Asyikin yang sekatil dengannya kadang terkena juga serangan kutu kepala ni. Mungkin sebab rambutnya banyak kelemumur dan menyebabkan kutu kelemasan nak menginap di kepalanya. Syukur juga sebab dua orang lagi anak lelaki aku pun terselamat.

Mangsa yang wajib kena tentulah si kecil Arif dan aku yang tidur di sebelahnya.

Apalah si kecil Arif tahu tentang kutu? Nak bagitahu pun tak pandai. Bila aku rasa ada yang tak kena di kepala maka tak tunggu dah aku mencari sikat kutu dan buat operasi. Habis semua orang dalam rumah aku kena spot check kepala.

Pengasuh anak aku pun kadang pening bila ada antara ibu bapa yang macam tak ambil kisah pun bila diberitahu anaknya berkutu. Kadang mereka sendiri yang terpaksa mencarinya. Upah jaga anak termasuk tolong carikan kutu agaknya.

Bila dicadangkan potong rambut anak yang panjang sebab boleh nampak kutu yang lalu, mak budak tu buat selamba aje. Mungkin sayang rambut anak yang panjang tu tetapi jagalah kebersihan. Kalau sampai menyusahkan orang tu kan dah jadi dapat dosa kering aje.

Bagi aku elok para pengasuh berpesan pada para ibu bapa setiap hari Jumaat agar check kepala anak jika ada kes kutu minggu itu. Bermakna pada hari Sabtu dan Ahad elok para ibu bapa yang terlibat buat operasi basmi kutu di kepala anak sebelum hantar semula pada hari Isnin nanti. Barulah masalah ni selesai, itu pun kalau ibu bapa perihatin dengan masalah ini. Tak perlulah nak ego "kepala anak saya tak pernah berkutu pun, mesti orang lain yang bawa kutu!".

Macam yang aku alami inilah, berkali-kali nak mencari kutu. Bukan pengasuh tak pesan, tapi ada yang sabar betul dengan kutu di kepala anaknya. Tak faham betul aku dengan orang macam ni!

3 comments:

Amie said...

Selamat pagi Liza,
maya-Allah, agak terkejut juga bila dengar ada kutu.... ingatkan zaman kepala berkutu dah lenyap. Memang betul tu, ibu bapa kena prihatin buat spot check atas kepala anak2, supaya bila berkumpul di tempat asuhan, kutunya tak jangkit pada kawan yang lain....

elna said...

ada jugak kes cam nie ek....

mas saari said...

saya paling lemah kalau kepala anak ada kutu.. bukan senang nak hapuskan!