iklan

Followers

Pages

Monday, 26 March 2012

Kalau tak suka, janganlah hina! Tegurlah dengan baik!

Kadang sedih hati memikirkan insan-insan yang iri hati, merasakan dirinya suci dan baik hati. Maka bila ada rasa begini, dia rasa itu bagaikan lesen untuknya menghina dan mengutuk orang lain Mungkin benar orang lain ada buat sesuatu yang melanggar hukum agama dan undang-undang tetapi berbahasalah sedikit.

Ada blog rakan-rakan aku yang dulu sering ceria dan gembira mula menyorokkan diri. Hanya dibuka pada insan-insan yang rapat dengannya Tiada lagi perkongsian tentang kisah hidupnya yang ramah, gembira dan tidak pun melanggar hukum. Hanya bercerita tentang makan, minum, rakan-rakan dan keluarganya. Bukannya ada gambar lucah pun. Tidak juga bercerita tentang perkara haram.

Pun ada blog rakan aku yang juga untuk tatapan rakan yang dijemput sahaja melalui email hanya bercerita tentang rasa hati yang adakala suka dan duka. Berkisar juga tentang kata-kata puitis bagi yang bercinta Mungkin ada yang mual agaknya maka dia dikutuk dan dihina. Sakitkah jiwanya dengan kata-kata puitis itu. Aku tak nampak pun bahasa lucah dalamnya.

Jika mual, jika tak suka maka jangan dibaca. Lainlah kalau isi blognya ada unsur-unsur haram maka eloklah ditegur dengan berhemah. Bukannya cacian dan makian yang menunjukkan diri kita mungkin lebih buruk budi bahasa dari tuan empunya blog.

Cemburu dengan gaya hidupnya yang ceria. Apa salahnya kita ambil rasa positif itu agar jiwa kita turut bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Jika tidak sampai bila pun hati kita akan sentiasa tak tenteram.

Siapa kita yang secara lansung nak melabelkan orang lain adalah ahli neraka? Entahkan Allah berinya hidayah walau pun di saat akhir hayatnya maka syurga menjadi jaminan untuknya. Diri kita sudah cukup sempurna? 

Boleh menegur, tegurlah untuk kebaikan tetapi elakkanlah bahasa yang kesat. Kadang bahasa yang berlapik pun mampu buat orang lain berkecil hati, apatah lagi yang kesat. Takut yang nak elok melurus lansung patah jadinya.

Aku menegur pun bukan kerana marah tetapi aku sebenarnya takut dengan budaya begini. Budaya mencarut, menghina dan mengutuk akan merosakkan keharmonian sebuah masyarakat. Bukan hanya sekarang tetapi juga untuk generasi akan datang. Jika anak kita bersifat begini, tanyalah diri sendiri "Pengaruh siapakah ini?".

7 comments:

Hanis Azla said...

betullah kak.. perasan juga ada sesetengah blog kawan2 sudah tidak dapat di view lagi.. mungkin atas sebab yg sama.. sedihkan bila perkara seperti ini berlaku..

cantekk said...

aiseh, baru je meluahkan pasaan kt blog sndiri =P hihi,,

Dinas Aldi said...

Betoi, dik Liza. Tak tau apa kena dengan orang yg rasa dia baik sangat sampai setiap inci hal orang lain tak kena belaka & nak ditegur dengan cara tak berhemah.

Apa salahnya tegur dengan cara yg baik, susah sangat ka? Kalau rasa diri tu baik sangat, takkan sampai menjatuhkan maruah orang lain, itu ka yg dinamakan baik?

Irfa said...

sebenarnya ada blog yg saya baca bab caci mencaci ni..tak berani komen lebih2 sbb itu blog dia..xleh nak kata apa..

Muhammad Izuan said...

Slm kak. Bab caci maki ni, baru td tengok kat cbox ada org mencarut. entah apa yg dia marah. heheh

mummY daniSha said...

hi salam kenal=)
ada jugak mcm tu ek...kalau x suka jgnla baca..senang citer hehe...x perlu nak komplen kan?

kakchik@ella said...

diaorg rasa diaorg hebat, kot?