iklan

Followers

Pages

Monday, 26 March 2012

Tak bertudung tu haram, tepuk tampar bukan muhrim haram juga!

Aku mengadu pada anak sulung aku pasal entry 'Kalau tak suka janganlah hina, tegurlah dengan baik!'. Terbalik pulak ye, mak mengadu pada anak. Saja meluahkan perasaan dan bertukar pendapat. Anak aku tu pun dah 16 tahun. Dah boleh bincang isu-isu begini.

Maka dia pun beri satu cerita pada aku tentang orang suka menegur orang lain dengan cara kurang sopan ni.

Kisahnya ada seorang pelajar baru masuk ke sekolahnya tahun lepas. Pelajar perempuan ni tak bertudung. Jadi tak seragamlah dengan kehendak sekitar yang semua pelajar perempuan di situ semuanya kena bertudung. Setelah ditegur, pelajar ni akur bertudung tetapi hanya di sekolah. Bila di luar kawasan sekolah dia tanggalkan tudungnya.

Sikapnya yang buka di luar tidak disenangi oleh sesetengah pelajar yang sebaya dengannya sendiri. Maka bermula luahan kata bahawa berdosa kalau tak bertudung, sosial lebih dan sebagainya dengan cara yang tidak sopan dan agak menghina. Akhirnya pelajar ini berpindah kerana tak tahan dengan hinaan yang di terima.

Anak aku kata "Sekurang-kurangnya dia pakai tudung ke sekolah! Tapi sekarang sejak dia pindah, lansung tak bertudung!".

Pelajar ni baik orangnya, cuma tak bertudung sahaja. Itu yang anak aku ceritakan.

"Macamlah yang suka kutuk orang tu baik sangat! Kalau bergurau pun main tepuk tampar je lelaki perempuan! Itu pun haram jugak!", anak aku luahkan rasa geramnya.

Memang tak bertudung tu haram, tapi boleh agaknya cakap elok-elok. Rasanya yang menegur tu pun elok juga hentikan sikap suka sentuh-sentuh sesama rakan lelaki dan perempuan walau pun cuma guna hujung jari. Itu pun haram juga.

Manalah tahu entahkan pelajar tu mula-mula bertudung di sekolah sahaja, lama-lama tergerak hatinya nak terus memakainya di luar waktu sekolah. Ini baru beberapa bulan jejak kaki ke sekolah baru dah kena sergah. Terkejutlah dia! Perempuan lagilah sensitif...ehemmmm!

Bagi aku benda tak elok memanglah patut kita tegur tapi agak-agaklah. Kalau keadaan makin huru-hara, matlamat pun tak sampai, malah makin teruk pulak. Tak seronok macam tu!

8 comments:

sitiezahim said...

mmm saya respek pada org yg berani menegur org pasal tudung ni..krn saya mmg tak berani sbb takut dari baik, terus tamo tegur saya lepas tu. sikap yg tak baik kan..tp betul jugak kata anak kak liza tuh, atleast dia berubah sikit..hmmmm

Irfa said...

oh kesian..sampai pindah sekolah sbb kena tegur psl bertudung

Liza Abu Bakar said...

sitiezahim : boleh tegur tapi elok2 le. kalau dia tak nak terima lagi tak pe.. mana tahu nanti dia nak. cuma kalau mula2 dah sergah, memang sangat sentap le.

Cik Tie@Akak said...

menegur seseoraNG KENA DENGAN CARA YANG BERHEMAH,IBARAT MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG

ummiross said...

Ye lah Liza, sesetengah orang konon mahu berbuat baik, tapi tidak pula mengikut cara Rasulullah yang sangat berhemah bila berdakwah. Satu lagi kalau perlu menegur biarlah kerana Allah, bukan kerana merasa diri hebat, barulah ada berkatnya.

kay_are said...

biasa lah manusia.. masing2 selalu rase mereka yang betul mereka yang paling baik.. hmm

mas saari said...

bagus kalau kita berani menegur tapi biarlah berhemah kan? kalau boleh jangan aibkan orang yang ditegur tu!

nems said...

Ada anak jiran diejek kawan sekolah yang mengatakan maknya kaki disko, minum arak ..hanya sebab maknya tidak bertudung.

Agaknya mana budak yang mengejek tu dapat idea macamtu yer?