iklan

Followers

Pages

Wednesday, 14 March 2012

Takdir berkenalan dengannya memanglah indah

Semalam hanya satu appointment aku buat dengan client pada pukul 4 petang di Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Sebelum tu aku terserempak dengan rakan facebook yang katanya selalu intai blog aku ni tanpa tinggalkan jejak. Terima kasih Nora sebab sudi jenguk blog aku selalu.

Hampir sejam appointment dengan client baru selesai. Banyak perkara yang ditanya dan juga bertukar pendapat tentang unit amanah. Syukur kerana aku terus mendapat kepercayaannya untuk dia meneruskan pelaburannya.

Aku sering cuba meletakkan diri aku sebagai pelabur yang adakalanya masih kurang pengetahuan tentang unit amanah dan juga kerisauan tentang kerugian. Fahami matlamat yang mereka sasarkan dan kebolehan untuk mencapainya perlulah sesuai dengan kemampuan dana.

Sejam appointment tu bukannya bercerita hal unit amanah saja, ada juga bertanya khabar keluarga dan kerja. Maklum saja client aku ni kerjanya sebumbung dengan blogger JeBateja dan atas cadangan hubby aku juga sejak tahun 2008 lagi hingga kini. Jadi aku memang dah kenal sebelum aku menjadi perunding unit amanah lagi, cuma cam wajah tetapi tak pernah bertegur sapa.

Habis saja appointment buat aku teringat rakan blogger Hanis Azla. Blogger yang aku kenal asalnya dari blog je. Aku terus call dia yang aku yakin sedang dalam perjalanan pulang dari kerja. Setuju saja dia untuk berjumpa di restoran baru Ayam Penyet di lot kedai baru berdekatan kompleks PKNS. Berhadapan dengan restoran Amir yang terletak di belakang Hospital An-Nur.

Boleh baca lebih lanjut tentang restoran Ayam Penyet tu di http://bangiblog.my/?p=1260.

Gambar dari SINI

Memang seronok berbual dengan Puan Hanis Azla yang comel ni. Bila dua ibu berjumpa, tentu saja bercerita tentang anak-anak. Tapi masa agak terhad hingga pukul 6.30 petang saja. Masing-masing perlu bergegas pulang ke rumah.

Terima kasih Hanis Azla yang belanja minum. Sepatutnya aku yang membayar kerana aku yang mengajaknya tetapi berkeras juga dia nak membayarnya. Itulah dia yang lemah lembut tetapi tegas orangnya. Sifat tegasnya dengan anak-anak jadi perhatian aku. Kira macam idola jugalah..he..he..

Teringin nak jumpa para ibu blogger yang lain juga. Sekitar Bangi sajalah yang dapat aku jumpa. Jauh-jauh tu susah sikitlah rasanya. Seronok bertukar cerita, mengambil idea dan contoh terutama dalam hal anak-anak.

7 comments:

ummiross said...

Liza..cantiknya header,sejuk mata memandang.
Waa jumpa Hanis tak ajak kita,hehe..

Hanis Azla said...

seronok berjumpa dengan akak juga.. ada masa, kita jumpa lagi..

ummiarissa said...

nanti kalau ida balik Bangi rumah adik,boleh jumpa kak Liza..ye...nantilah ...sekarang ni sibuk...

mas saari said...

bila nak jumpa akak ni?? akak dah selalu ajak saya kan? heheheee

saniah said...

seronok kan dah berkenal dlm blog dapat pulak jumpa..ishh rasa nak pindah tgl kat bangi lah..ramai blogger sana kan..? :)

atuk said...

Assalamualaikum Liza

sesekali masuk... dah berubah header
menghijau

MumMe said...

Ape2 kak liza roger ajer...3.30 sy dh abih keje...;)