iklan

Followers

Pages

Wednesday, 28 March 2012

Tali pinggang keledar jangan sekadar hiasan!

Tadi rakan aku bercerita selepas aku bercerita tentang kemalangan kecil yang menimpa aku kelmarin. Kisah aku melanggar pembahagi jalan di lebuh raya Utara-Selatan di SINI sebaik saja kami lalu di lokasi berkenaan.

Dia bercerita tentang rakannya yang juga terlibat dalam kemalangan dalam suasana hujan lebat. Kereta rakannya terbabas dan terbalik dua tiga kali hingga balik kepada keadaan asal di tengah-tengah lebuh raya menghala ke Kuantan.

Enjin kereta mati waktu itu. Dalam keadaan panik percubaan menghidupkan enjin gagal. Dengan doa dan harapan, cuba menarik nafas panjang, dia cuba hidupkan enjin sekali lagi. Syukur Alhamdulillah, enjin kereta dapat dihidupkan dan bergegas berlalu dari kawasan kemalangan.

Jantung memang berdegup laju kerana khuatir dilanggar oleh kenderaan lain dari belakang dan situasi tunggang terbalik yang menakutkan. Allah itu maha berkuasa. Sebaik kereta bergerak, sebuah lori besar pun lalu di sebelah mereka.

Syukur yang sangat-sangat kerana isteri dan anak-anak selamat walau pun kereta terbalik berkali-kali tadi. Nasib baik semuanya mengenakan tali pinggang keledar di depan dan di belakang yang dapat mengurang dan mengelak risiko cedera parah atau kematian.

Tapi kereta memang teruk juga rosaknya. Banyak wang dihabiskan untuk membaikinya. Apa pun itu bukanlah kepentingan utama, yang penting semuanya selamat.

Berbeza dengan seorang lagi rakannya yang cedera parah selepas melanggar belakang lori. Arwah cedera dalaman dengan agak parah akibat terhentak pada stering kereta. Arwah meninggal dunia setengah jam selepas kemalangan. Rakan aku kata arwah tidak mengenakan tali pinggang keledar.

Penting kenakan tali pinggang keledar untuk mengurangkan risiko akibat kemalangan. Apa pun  ada juga kisah rakan hubby aku yang meninggal dunia akibat kegagalan tali pinggang keledar yang terputus semasa kemalangan. Ajal maut hanya Allah yang tentukan.

Apa pun berhati-hatilah semasa memandu, jangan bila nampak polis baru kelam kabut nak cari tali pinggang keledar macam rakan blogger aku yang sorang ni dalam kisahnya INI. Saman tu memang menakutkan tetapi keselamatan diri lebih utama.

4 comments:

lisa said...

huhu kdg2 lisa naik kereta tak pakai pun tali pinggang... T_T

sitiezahim said...

betul..mmg penting tali pinggang keledar..kat sini mmg wajib, budak2 siap kene pakai seat khas selain tali pinggang tuh tau..dan kete 5 seaters mmg takleh masuk lebih dari 5 orang hihihi

cantekk said...

sama la mcm kawan akak tu ^_^ ada polis bru sibuk, itu pon kalau polis,,kalau buatnye RELA, pulang balik belt..

mas saari said...

hurmmm, kadang2 benda ni kita buat sambil lewa je.. saya pun kadang2 terlupa! heheheee

terima kasih kak ingatkan!