iklan

Followers

Pages

Monday, 5 March 2012

Jagalah insan-insan yang kita bawa bersama!


Aku keluar dari tol Putra-Mahkota dan masuk ke lebuh raya Utara Selatan menuju ke Bandar Baru Bangi. Kelajuan di panel meter kereta Kelisa aku cuma 8o km/jam. Baiknya aku, selalunya bila masuk je lebuh raya meter terus mencecah antara 100 ke 120 km/jam. Kalau dalam keadaan agak kalut mau juga naik ke 130 ke 140 km/jam.

Eh! Kereta kecil jangan dipandu laju-laju. Terasa melayang-layang nanti dan mudah tidak terkawal terlanggar objek besar walau pun hanya terkena sedikit saja.

Daripada tiga lorong, aku berada di lorong paling kiri dan tiba-tiba nampak kelibat sebuah bas yang laju di belakang aku. Bas itu kemudian memotong kereta aku di lorong tengah. Beberapa saat kemudian ada lagi sebiji bas yang juga memotong kereta aku.

Memang dasar tak tahan pandu kereta dengan kelajuan 80 km/jam ni, aku mula memecut. Entah kenapa aku ni terasa macam letih bila pandu kereta perlahan ni. Boleh buat aku berangan-angan sebab bersantai sangat rasanya. Dari 80 km/jam naik ke 90 km/jam hinggalah 110 km/jam.

Kereta aku mula bersaing dengan kedua-dua bas tadi. Wah! Lajunya depa berdua ni pandu bas... lebih daripada 100 km/jam. Berapa had laju untuk sebuah bas ye?

Bukti lain dari blog Mazidul Akmal

Dah banyak kali berlaku macam ni kan. Aku yakin korang pun pernah nampak ada bas lain yang dipandu lebih laju lagi. Nyaris tak buat drift aje kan! Melampau!

Ni aku jumpa entry rakan : Bas pecut 170 km/jam.

Bukan apa! Bila teringat tragedi-tragedi ngeri yang melibatkan bas buat aku sedih dengan nyawa-nyawa yang hilang akibat cara pemanduan yang merbahaya begini.

Tragedi 10.10.10 antara yang sangat ngeri : Berita penuh di SINI.

Banyak lagi gambar kemalangan 10.10.10 di SINI
Tidak semua pemandu bas yang memandu melebihi had laju. Masih ramai lagi yang sangat berhemah dan berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemandu bas. Kadang kemalangan bukan juga berpunca dari kesilapan mereka tetapi juga kerana kecuaian pemandu lain yang mendorong kepada terjadinya kemalangan ini.

Bila ada segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri, ia menyebabkan pelbagai kerosakan bukan sahaja pada dirinya sendiri tetapi juga kepada orang lain. Tidak kiralah sama ada menjadi penyebab kepada kematian atau merosakkan maruah rakan-rakan pemandu bas yang lain yang beretika dalam kerja mereka.

Pemandu kereta pun janganlah tidak menggunakan akal yang tiba-tiba mencelah di hadapan bas dalam jarak yang sukar untuk bas membrek dengan selamat sebaik memotong kenderaan berat itu. Gunakanlah akal semasa memotong kenderaan lain, bukan emosi semata-mata.

6 comments:

Kakzakie said...

Bagai sudah jadi senario biasa bas/lori dipandu melebihi had laju Liza. Kakak paling ngeri bila waktu hujan lagilah mereka gila-gila sebab tahu memang tak ada polis/jpj...

ummiross said...

Pernah masa menghadiri kursus,terpaksa naik bas ekspres bila balik, masyaAllah, lajunya tak tau nak cakap, masa tu memang takut betul rasanya..

mas saari said...

saya cukup takut kalau selisih dengan bas atau lori yang dipandu laju... seram sejuk rasanya!

pemandu camni memang pentingkan diri sendiri je, nyawa orang lain dia anggap macam barang mainan je!

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said...

enjin baru tu kak.... tak tekan padel minyak dah berdesup...

Munnafendy said...

kalau sy nampak bas tu laju lebih dari had, sy potong dia n bawak dlm 90 kat depan dia..kasi ajar sikit..tp asyik kena lampu tinggi je lah..lantak!

muslimah rempit said...

Salam Puan yang dirahmati...

Kak So selalu juga merempit dengan bas ni huuuuuuuu...

Tapi untuk pengetahuan semua la kan... meter bas dengan meter kereta mahupun motorsikal tak sama ...

Contohnya motor Kak So 10tahun dahulu, 80km/jam dan 80km/jam bas tak sama tahap kelajuan sesebuah kenderaan itu... errrr begitu juga kereta..

Tu pasal walaupun pengguna kereta bising bas bawa laju... tetapi sebenarnya Bas itu masih lagi dibawah kadar yang ditetapkan (errr sila abaikan kelajuan bas di lebuhraya yang boleh bawa kelajuan maksimum 110km/jam)

Enjin yang semakin canggih pada masa kini juga memainkan peranan...

Sekian dari Kak So yang juga tak cukup maklumat tetapi sudah merempit dengan bas dan lori selama 13 tahun heheheh *gelak Ja at*