iklan

Followers

Pages

Thursday, 21 April 2011

Gila nombor plet kereta

Cantik kereta tu. Toyota Vios warna putih. Ternampak semasa berhenti di lampu trafik. Mmmm... plet kereta lama dan seperti biasa aku nampak. Tapi dulu plet tu milik Proton aeroback. Sudah jadi Vios pulak ye. Aku cuba perhatikan pemandunya..... oooo... betullah orangnya tetap wanita yang sama. Jiran lama aku semasa aku tinggal di Bandar Baru Bangi. Maknanya aku tak salah plet keretalah tu.

Aku memang agak gila dengan nombor. Tak banyak, sikit aje. Bukan ada apa pun. Saja suka-suka. Tidak juga aku hafal sangat tapi bila ternampak di mana-mana aku boleh cam "Oh! Ini orang Bangi atau ni jiran aku!".

Kalau ada yang buat pasal kat jalan memang aku catitlah nombornya. Kalau tak sempat nak hafal nombor, aku ingat hurufnya, warna dan jenis kereta. Teringat-ingat lagi kereta kereta Kia spectra hitam plet WLL yang sungguh kurang sopan menghimpit kereta aku. Malu aku nak kata drivernya berbangsa Melayu yang dah tentu muslim kerana nampak isterinya bertudung di sebelah. Pernah sekali aku nampak dia ambil anaknya dari sekolah ugama yang sama dengan anak aku. Tak adalah aku nak menyerang pun tapi sakit hati jugalah.

Bayangkan kalau kita buat kurang sopan di jalan raya hingga orang ingat kereta kita yang boleh membawa kepada kesan buruk. Balas dendam umpamanya hingga kepada kes pukul. Lebih parah sampai mati pulak tu.

Bertolak ansurlah di jalan raya. Entahkan orang yang anda dok maki-maki sampai nak tunjuk tangan dengan isyarat tak baik tu bakal jiran baru anda. Mungkin juga bakal mertua anda (macam dalam iklan TV tu). Mungkin juga bini bos anda atau pakwe kawan anda. Sakitlah kalau dia bakal bos anda (nak pergi interview nanti).

12 comments:

Muhammad Izuan said...

knp tak snap gambar plat yg cun tu kak?

alongxp said...

saye lak suke maen tambah tolak darab bahagi nombor2 yg ade kat nombor plate... psl driver yg menghimpit tu?mmm... ntahla...kite bako je le...

Liza @ Adzriel AB said...

Muhammad Burn : itu kisah 5 tahun dulu. hp takde kamera pun.

Liza @ Adzriel AB said...

alongxp : eh! sama le jugak bila anak2 ada sama. main teka2 sapa betul.

Anonymous said...

btol la kak..
penah satu aritu kan,,,
mangkuk hayun tu yg salah, sbb mlawan arus...
kita pandang la dia mcm nk telan,
alih2 dia plak yg pandang kita mcm kita yg salah,,mmg cila**

hihi

dyea irdina said...

amik perhatian unt no paberet je...paberet no 7. so no lain jrng amik p[ort tp klu plet ada je no 7 n cantik br amik port

sud@is said...

lemah mengingat plet kereta, kecuali kawan rapat yg sllu jupa

kawan aku bgtau kalau nak tengok perangai seseorang tengok cara gaya dia memandu...

sejauh mana kebetulan tak tau lah....

Puan Kutu said...

baguslah akk nie.suka pd no..sy nie agak kurang peka orgnya.hehe

Liza @ Adzriel AB said...

cantekk : bior le dia. ngeri lak akak dengor.

Liza @ Adzriel AB said...

dyea irdina : kak liza suka no 5

Liza @ Adzriel AB said...

S..U..D..@..I..S : ish.. tak tentu juga. ada org lemah lembut je..tiba bawak kereta boleh tahan juga brutalnya.

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : peka tang lain tu. ha..ha..