iklan

Followers

Pages

Friday, 25 February 2011

Alfatihah buat bonda saudara tersayang!

Allah izinkan aku melawatnya pada 20 February 2011 lepas. Baru je 5 hari! Kalaulah aku tangguhkan, sudah tentu aku akan menyesal. Sempat kucium pipinya & kupegang tangannya. Lesu benar raut wajahnya. Itulah kali terakhir rupanya aku dapat menyentuhnya.

Bila ada saudara yang sakit, janganlah nak bertangguh-tangguh melawatnya.

Sedih benar hari ini...ibu saudara yang ku kasihi itu telah pergi buat selama-lamanya hari ini, 25 Februari 2011 (Jumaat) sebelum asar tadi. Bonda Salbiah binti Sulaiman, adik pada mak aku.

Aku dapat berita dari kakak pada pukul 4.38 petang, sedangkan sebelum tu dia beritahu aku arwah nazak lebih kurang pukul 3.30 petang.

Nak bergerak ke Perlop 2, Perak. Moga sempat kukucup dahinya buat kali terakhir..

Baca kisah sebelumnya : Jiwa aku tak tenteram.

Alfatihah! Moga Allah tempatkannya di kalangan ahli syurga!
Menitis air mata aku mengenangkannya!

11 comments:

solomolo said...

Salam Takziah...
sem0ga roh arwah di tempatkan bersama mereka yg beriman yang mendapat keberkatan dan perlindungan Allah S.W.T.
Al-Fatihah...

sitiezahim said...

innalillah...

ummiross said...

Takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat,al-Fatihah...

Fyqa said...

Takziah dari saya...

:)

alfatihah~

Unknown said...

Al-Fatihah...
.............
.............
Amin.........

Kujie said...

Al fatihah - dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

ini adalah kehidupan

moga keluarga lebih tabah

Unknown said...

Innalillah wa Al-Fatihah

LiFe KaMi said...

Al-Fatihah buat arwah ibu saudara kamu,
semoga roh nya dicucuri rahmat..

Luqman Zakaria said...

salam takziah!

Amiera Hilton said...

alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..takziah

FadhDeela said...

salam takziah kakk..

alfatihah buat arwah.. semoga arwah ditempatkan disisi org2 yg beriman..deela paham perasaan tu..sama mcm arwah paklong ari tu..sedihh sgt :(

Meh singgah: 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta!!!!