Sabtu baru ni mak aku call mengatakan kakaknya yang aku panggil Mak Ndak demam. Mak Ndak antara mak saudara yang sangat aku sayang. Asal jumpa je mesti dia nak peluk cium aku. Begitu juga dengan anak-anak saudaranya yang lain. Mesra sungguh dia dengan mulut pun riuh bertanya itu ini. Asal datang je, "kamu dah makan? Mana anak-anak kamu? Deme semua dah makan?Abang mana?". Macam-macamlah soalan yang ditanya yang buat aku tersenyum aje.
Sabtu baru ni, 16 April 2011 mak dan adik sekeluarga pergi menjenguk mak ndak di kampung kelahiran aku, Kampung Lasah, Sungai Siput, Perak. Aku tak dapat pergi kerana anak-anak bersekolah ganti. Walau pun cuma demam tapi hati sangat risau kerana Mak Ndak dah pun melewati usia 70 tahun. Ingin juga memberi semangat padanya. Pak Ndak dah lama meninggal. Aku lupa tahun bila tapi tak sampai 5 tahun pun rasanya.
Semalam terbaca 'chatting' dalam facebook antara sepupu yang melawatnya. Sepupu aku kata pada kakak aku "Kak na, td kat hosp mar tnjk gambo ni kat mak ndak..trus d ciumnya gambo nie..rindu dia pd kedua2 arwah bondanya & adindanya..sayu sungguh la td..".
Inilah gambar kenangan semasa sepupu aku tu masih baby lagi. Sebelah kanan tu arwah nenek aku yang dipanggil 'Embah' dan kirinya arwah mak saudara aku yang aku panggil Bik Sal. Sepupu aku adalah anak Mak Teh (adik Bik Sal) aku di bela sejak kecil oleh Bik Sal. Aku masih ingat dengan sarung kusyen kuning ni. Tahun 1979 agaknya.
Inilah gambar yang Mak Ndak aku cium tu seperti kata sepupu aku tadi. Rindu benar dia dengan arwah adiknya Bik Sal dan arwah ibunya itu. Bik Sal baru saja meninggal dunia 2 bulan lalu pada 25 Februari 2011. Embah pula meninggal dunia semasa aku berada di tingkatan 4 iaitu 10 Julai 1989, satu tarikh yang mak aku coretkan dengan pensil warna di almari baju di rumah Jengka 16. Kalau mak aku tengok gambar ni pun sudah tentu air matanya juga akan mengalir.
Inilah satu-satunya nenek yang dapat aku rasakan kasih sayangnya kerana kedua-dua datuk di sebelah mak dan ayah aku telah meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Lebih sedih lagi bila mengingatkan ibu kepada arwah ayah aku meninggal pada hari aku dilahirkan, 20 Januari 1973.
Alhamdulillah, semalam kakak aku kata Mak Ndak dah beransur pulih. Insyaallah, nanti aku nak call anak-anak Mak Ndak. Aku nak bercakap dengan Mak Ndak. Tak senang rasa hati! Rasa nak aje jumpa dia sekarang.
8 comments:
Sayu nya baca N3 ni, memang bila mak ayah dan sedara mara yang dah berumur jatuh sakit, kita mudah naik risau, moga mak Ndak cepat sembuh
sedih baca n3 ni..
cuba la balik jumpa..
semoga dia cepat sembuh..
ummiross : kakak kata dah ok
Sofya : insyaallah.. teringin nak jenguk juga. rindu mak ndak.
semoga mak ndak cpt sihat
terharunya kak.. harap2 mak ndak akak tu terus sihat.. klu ada masa bolehlah akak balik menziarah juga.. mungkin terubat rindunya dengan kunjungan org2 yg rapat dengannya..
Puan Kutu : amin
Hanis Azla : harap dpt balik ahad ni
Post a Comment