iklan

Followers

Pages

Tuesday 27 March 2012

Selamat Hari Jadi rakan blogger yang sangat aku hormati

Tengahari tadi lunch dengan blogger Hanis Azla dan anak aku Aishah. Saja raikan hari jadinya yang ke 36. Lebih muda 3 tahun dari aku.

Tak nampak macam 36 pun. Rasanya macam 26 tahun pun orang akan percaya. Anak aku setuju sangat.

Kesian dia sebab masa agak terhad. Janji pukul 1.15 petang tapi aku yang terlewat hingga ke 1.30 petang kerana singgah ambil anak di sekolah dulu. Terhad sebab dia perlu masuk semula pejabat pukul 2.00 petang. Tapi terlajak juga ke pukul 2.15 petang.

Selera sama nampaknya aku dan Hanis Azla. Sama-sama memilih mee goreng mamak di restoran Papa Rich, Bandar Baru Bangi. Dekat sangat dekat rumahnya sebenarnya. Rupanya favorite kami sama bila makan di situ. Anak aku memilih kuew teow sup dengan ayam masak stim.

Seronok berbual dengannya. Rasanya macam aku yang banyak cakap agaknya. Maklumlah Hanis Azla ni anak sulung yang telah kehilangan ayah sejak usia remaja lagi kalau tak silap aku. Maka dia kelihatan lebih rasional, matang dan berdikari. Aku yang lebih tua kadang macam banyak minta pendapatnya tentang hal anak-anak pula. Peribadinya terserlah dalam penulisannya di blog jika korang dapat hayati betul-betul.

Banyak kali dah aku keluar makan dengannya. Selalu saja dia yang nak belanja. Tapi hari ini aku tak bagi sebab aku juga yang mengajak dan saja nak raikan hari jadinya. Itu pun ternampak di facebook. Kalau tidak memang tak ingat pun bila tarikhnya.. he..he..

Selamat hari jadi sahabatku Hanis Azla, moga persahabatan ini kekal, sihat dan bahagia selalu. Amin.

3 comments:

Hanis Azla said...

amin.. terima kasih banyak kak liza.. saya sgt hargai persahabatan ini.. semoga ianya diberkati oleh Allah.. semoga akak juga sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan yg berpanjangan..

ummiross said...

Nampak macam 26 tahun? Waa tentu cantik dan manis sekali Hanis ni...

Misz-ella said...

wahhhh .. dating dgn hanis tak ajak KC. hehehe.