iklan

Followers

Pages

Monday 5 March 2012

Gurau boleh! Janganlah tonjol kepala aku!

Satu hari tu aku sempat singgah pekena tosey dulu dengan anak lelaki aku, iaitu anak kedua sebelum hantar dia ke sekolah menengah. Nak buat sendiri pun leceh, jadi cari tosey di kedai mamak je lah.

Aku order terus ke kaunter sebab nak mengejar masa yang berbaki 20 minit sebelum loceng masuk berbunyi.

Semasa di kaunter aku nampak ada 3 orang budak sekolah menengah yang juga sedang bersarapan. Salah seorang daripadanya selamba aje tonjol dahi kawannya dengan kata-kata "aku suruh kau buat apa?".

Kawan yang kena tonjol dahinya tu seperti memandang aku dengan ekor matanya. Mungkin dia rasa malu dengan aku bila diperlakukan oleh rakannya begitu kerana kebetulan waktu itu aku memandang tepat ke wajahnya.

Naluri hati aku sering tak puas bila tengok perkara macam ni. Jika aku berkemampuan untuk menegur, maka aku akan lakukan. Jika tidak aku hanya akan berdiam diri saja.

Lalu aku pergi ke arah meja mereka dan menegur mereka "Dik! Jangan buat kawan macam ni di tengah public! Tak baik! Hormat kawan kita!".

"Saya suruh dia betulkan rambut je!", jawap si penonjol kepala tadi.

"Tegur elok-eloklah ye!", balas aku dan terus berlalu. Aku biarkan dia berfikir sendiri dengan kata-kata aku tadi.

Aku tegur pun sebab tiada pelanggan lain dalam restoran waktu itu. Kalau tidak aku biarkan saja.

Aku pun biasa bergurau kasar-kasar macam tu. Kadang siap sepak terajang pun ada semasa zaman sekolah dulu. Memang agak nakal aku ni. Tapi itu semua gurauan dengan rakan-rakan yang dapat menerima gurauan sebegitu. Gurauan kasar tidak kami amalkan bila berada di kelompok umum.

Jaga air muka kawan-kawan jika nak bergurau. Jangan sampai gurauan menjadi penyebab kita bermusuh atau meninggalkan rasa dendam dalam hati kawan kita. Takut bila dia melakukan perkara sama, kita pula yang tak dapat menerimanya.

Aku bercerita hal ini pada anak sulung aku, Aishah.

"Mama tak takut ke nanti diaorang buli Amirul?", tanya Aishah.

"Nak cari nahas dengan aku, bulilah kalau berani! Sampai lubang cacing aku cari nanti!", balas aku.

Apa nak buat, mama diaorang lagi brutal daripada ayah mereka sendiri. Apa-apa hal pun memang anak-anak mengadu pada aku je. Aku pun dah selidik mereka bertiga tu pelajar tingkatan 3 kerana selepas tu aku ada bertanya pada kelompok 6 pelajar lain yang juga berada di luar bahagian restoran tentang mereka.

Selepas tu aku nampak bergandingan mereka bertiga berjalan keluar dari restoran menuju ke sekolah. Aku harap mereka memang bergurau perkara yang baik, bukannya menyembunyikan sesuatu yang buruk disebalik perlakuan tadi.

Kalau kawannya tak menjeling aku tadi rasanya aku pun buat tak tahu jugakan. Tapi itu pun ilmu untuk anak aku yang melihat juga. Hormatilah perasaan kawan terutamanya di tempat yang umum.

15 comments:

Irfa said...

eh..kepala jangan bawak main tau.
saya pun x suka dan tak penah buat kt org camtu

Unknown said...

Akk mmg alert n prihatin la...go go k.liza... :))

Unknown said...

Akk mmg alert n prihatin la...go go k.liza... :))

Unknown said...

Akk mmg alert n prihatin la...go go k.liza... :))

Unknown said...

budak2 sekarang bergurau lain macam la kak..tak boleh diterima langsung cara bergurau depa ni..

Hanis Azla said...

saya pun terfikir perkara yg sama mcm aishah juga tadi.. tp saya sokong cara akak tu.. budak2 baru naik mmg kita kena tegur.. harap2 mereka menerima teguran tu dengan baik utk memperbaiki diri.. gurauan mmg perlu ada batasan.. agar sama2 rasa selesa..

mas saari said...

bagus akak tegur budak tu, biar dia sedar sikit dan fikir balik apa yang dia buat tu..

-Sara- said...

yelah kak, kt tmpt public malulah kena cmtu kan..

MumMe said...

main kepala mcm over sikit kan kak liza...walaupun kwn baik...

sitiezahim said...

kepala mmg tak elok kan nak tolak2..depan org plak tuh..kalau saya, member buat camtuh saya sound terus...hahahaha

umiawadah said...

ada jugak bab bergurau tampar-tampar belakang orang...saya pun tak suka...tapi bab tonjol kepala orang memang pantang lah...

Norliha Samad said...

tahniah liza... tp kekadang tu ada yang tak leh terima nasihat org lain.

Lan Bingka said...

mesti dia akan ingat teguran tu sampai bila2.. :)

syiela said...

moga lepa sni budak tu berubah... takdak dah nak main tonjol2 kepala

Munn Jaafar said...

takut nak tegur budak2 yg 'baru nak naik' ni...degilnya lain macam