iklan

Followers

Pages

Friday 23 March 2012

Beli pada harga diskaun menguntungkan ikut keperluan la!

Gambar dari Google
Bila harga saham sekeliling kita jatuh, masih ada yang beranggapan ia bukan masa yang sesuai untuk melabur. Masih ramai yang merasakan rugi jika melabur dalam keadaan harga-harga saham turun graf harganya.

Secara logiknya kita mahu membeli barang dengan harga yang rendah. Jika barang harganya RM100, tentulah kita gembira jika mendapat diskaun untuk membelinya pada harga mungkin RM90, RM80 dan mungkin dapat lebih rendah lagi. Siapa yang suka membeli dengan harganya yang naik ke RM110, RM120 dan mungkin lebih tinggi.

Bila kita membeli barang semasa diskaun dengan harga RM90 dan menjual ikut harga pasaran RM100, kita sudah untung RM10. Sukarnya kita ingin menjual dengan harga RM120 jika harga pasaran hanya RM100. Kena tunggu pulalah kalau boleh dapat harga pasaran naik lebih daripada RM120.

Itulah yang sering berlaku bila sesekali aku berjumpa dengan client tentang unit amanah. Biasanya aku hanya memberi contoh yang mudah seperti di atas.

Jika kita ada modal lebih, melabur dalam keadaan saham turun adalah lebih baik. Contohnya seperti melabur dalam saham emas, hartanah dan sebagainya yang diluluskan oleh Bank Negara dan SSM.

Untungnya dalam unit amanah jika kita membeli pada harga yang sama dengan harga pasaran pun masih ada dividen setiap tahun yang menambah bilangan unit kita. Maka bila di darabkan bilangan unit dengan harga yang sama pun kita masih untung. Jika harga rendah pun, boleh juga tidak rugi.

Apa pun syarat pelaburan dalam unit amanah perlulah melalui tempoh matang dari 3 hingga ke 5 tahun. Jika mengharapkan keuntungan segera dalam setahun, sangatlah tidak digalakkan melabur dalam unit trust.

Client aku ramai dari kalangan yang melabur menggunakan wang KWSP dari akaun 1. Bagi aku mereka ada pilihan untuk menjana wang mereka untuk mendapat keuntungan melalui pelaburan ke dana-dana Islam di syarikat aku bekerja.

Nak cerita lebih panjang pun aku tak berapa pandai melalui penulisan. Aku lebih selesa berbincang dan bertukar pendapat dengan client tentang unit amanah ini. Aku memahami kerisauan dan kurangnya lagi pengetahuan tentang unit amanah kerana aku dulu pun macam tu juga. Hanya sejak tahun 2006 dulu barulah aku memahaminya sedikit demi sedikit. Itu pun setelah hubby aku yang cadangkan pada aku.

Ada yang untung, ada yang rugi. Aku suka menganalisa sebab-sebab yang membuatkan client rugi. Maka perlulah berjumpa perunding unit amanah yang amanah, yang bukan hanya mengharapkan jualan peribadinya saja meningkat tetapi apa berlaku pada akaun client pun dia tak ambil kisah.

Apa pun berhati-hatilah dalam hal pelaburan ini.

5 comments:

Dr K said...

jenis yang nak untung cepat, mmg tak patut masuk unit trust. Kena fahami konsep nya.

Liza Abu Bakar said...

Daddy Ziyyad : betul tu... kena sabar. sebab tu client kak liza ramai yg invest guna duit epf berbanding cash. long term..

Dinas Aldi said...

Akak pernah melabur dalam unit amanah dengan sorang pegawai bank yg hanya mementingkan jualan peribadi. Memang pengalaman pahit. Tertutup terus dah hati akak walaupun dengan orang yg jujur. Sabaq jalah. Dugaan dari Dia.

kay_are said...

dengan kata lain.. kne faham betul2 dulu konsep2 dalam pelaburan ni.. takleh melabur macam tu je tanpa faham ape2.. nanti sendiri yang rugi

mas saari said...

nak melabur ni kena sabar sbb keuntungan tu bukan boleh dapat sekelip mata..