iklan

Followers

Pages

Monday 21 February 2011

Tutti Fruitti di Seri Bangi



Cadangnya selepas ambil Aishah di sekolah pukul 3 petang tadi nak ke Bangi Kopitiam. Dalam perjalanan ternampak shop lot di Seri Bangi. Teringat aku tentang Tutti Fruitti. Ramai yang kata sedap makan aiskrim kat situ. Sebenarnya Frozen Yogurt.

Sampai sana disambut oleh gadis peramah yang comel dengan sapaan "pertama kali datang ke?". Kami angguk je.. lantas dengan peramahnya si gadis explain tentang harga berdasarkan berat frozen yogurt dan jenis-jenis perisa yang ada. Ada 3 saiz cup di situ. Setiap 100 gram di caj RM5.30. Layan diriii...

Ni web rasmi Tutti Fruitti Frozen Yogurt : http://www.tuttifruttimalaysia.com.my/

Semasa nak bayar je, ternampak gambar artis Ainul Aishah ; kedai di Bandar Baru Bangi ni miliknya. Baru semalam tengok dia berlakon drama.



Eh! Si gadis peramah tadi menegur anak aku Aishah " Form 3 ke? Kenal saya?". Aishah kata seperti pernah nampak... Oooo senior dia baru habis SPM. Nampak seperti selesa sangat dia bekerja di situ. Jelas informasinya, senyum pun cukup. Lupa nak tanya nama! He..he..! Bagus! Tak buang masa sementara tunggu keputusan SPM keluar. Macam aku juga.. (nak sebut juga tu!)

Baru makan separuh, Aishah dah kekenyangan. Memanglah sedap! Orang Bangi bolehlah cuba di restoran yang baru dibuka ni.

Pesat betul restoran-restoran baru muncul di Bandar Baru Bangi ni. Siang malam sentiasa meriah! Jom datang Bandar Baru Bangi!!

8 comments:

ummiross said...

dah lama tak ke sana, dulu ummi mengajar kat sm.jln Bukit Kajang, mesti dah banyak berubah...

Hanis Azla said...

dah dekat dengan rumah pun tak sampai2 lg saya ke tutti frutti ni kak.. he..he.. tp mmg selalu nampak penuh aje..

Liza @ Adzriel AB said...

ummiros : kalau nak ke jalan bukit tu memang le banyak berubah dah..

hanis : jalan kaki je la ke situ.

Luqman Zakaria said...

cam yummy jer...

Hanis Azla said...

Subhanallah.. Ummiross mengajar kat SMJB ker dulu? Saya pun sekolah kat situ juga dulu..

Bunga said...

xpenah p..sob..sob..

Liza @ Adzriel AB said...

arep_lockermonth : utk arep tak cukup 100gm ni.

Hanis Azla : sekolah kajang ke? Jalan Bukit tau, bukan Johor Bharu

bunga : meh la merasa..

farah fauzi said...

kuantan tak der la plop...ishhh...