iklan

Followers

Pages

Wednesday 7 March 2012

Dah 3 hari tak ada 'booster'... maafkan mama!

"Mama! Tak ada pun sarapan!", komen anak lelaki aku yang darjah 4 tu, si Azri pagi ini.

Sedap betul nampaknya spegeti goreng kari Siti Hajar ni... 
Sarapan yang lain pun banyak yang menggoda selera di blognya INI.

Alamak! Dah hari ketiga sejak Isnin aku tak buatkan breakfast untuk anak-anak. Gara-gara si kecil yang demam panas dan meragam di malam hari. Jadi tidur aku terganggu dan selalu terlajak dan berat je rasa nak bangun pagi. Bila siang elok aje mainnya, cuma selsema dan batuk.

Jadi aku bagi extra RM1 untuk mereka beli sarapan di kantin sebelum loceng masuk berbunyi.

Dah tiga hari terlajak bangun pukul 6.00 ke 6.15 pagi. Bila dah bangun terpaksa pula gosokkan baju sekolah anak-anak yang bersekolah rendah. Tak sampai hati nak suruh depa gosok sendiri macam selalu. Letih pagi sekolah kebangsaan dan petang pula sekolah agama. Kemudian nak siapkan homework lagi.

Memang tak sempatlah nak masak sarapan sebab pukul 7.00 pagi dah nak kena hantar mereka ke sekolah. Sebenarnya lebih kepada dah tak ada mood sebab letih tak cukup tidur, kerja rumah yang tak sudah dan kerja sendiri yang nak kena buat. Tak buat kerja nanti tak ada pendapatan pulak aku.

Kalutlah pagi-pagi dengan nak mendukung si kecil lagi masuk kereta. 4 orang yang perlu aku uruskan pagi-pagi. Nyaris yang sulung ke sekolah dengan ayahnya kerana lokasinya di Bandar Baru Bangi.

Kesian juga bila anak tak bersarapan. Bermakna tiada pemangkin tenaga di pagi hari untuk menjana minda bekerja dengan lebih baik sebelum tiba rehat pagi di sekolah. Sebaiknya anak-anak bersarapan sebelum ke sekolah macam aku kecil-kecil dulu.

Jarang sangatlah aku tertinggal bersarapan semasa bersekolah rendah dulu. Malah bila aku naik ke sekolah menengah dan tinggal di asrama pun aku berusaha juga untuk bersarapan dulu di asrama.

Alasan bersarapan semasa di sekolah menengah tu lain sikit sebab selalu aje tak berduit pun nak makan waktu rehat. Mak ayah hanya menoreh getah, maka duit belanja terhad mereka bagi antara RM50 ke RM60 sebulan. Jumlah itu meliputi perbelanjaan harian, duit untuk beli stok sabun, ubat gigi, biskut, buku dan segala-galanya. Maka pandai-pandailah aku menguruskannya. Itu pun dah banyak bagi aku. Rasanya ada yang dapat lebih sedikit daripada aku.

Esok aku pastikan akan ada sarapan. Si kecil Arif pun dah beransur pulih nampaknya.

5 comments:

Hudalatip said...

Memang betul kata akak, sarapan tu memang penting..Takper esok akak buatkan sarapan untuk diaorang yea..Mak saya dulu pun tak pernah culas bagi kitaorang sarapan..Kalau kitaorang yang takmo sarapan, dia kejar kitaorang sampai ke kereta..

Adzrien Shoppe said...

Huda : samalah huda... kadang mengejar yg sulung tu sebab pukul 6.45 pagi dia nak nak bergerak. selalu tu sempat jamah air teh dan bungkus je makanan tu.

sitiezahim said...

patutla macam kenal gamba kat atas hihi...mm kat sini sarapan memang tak tinggal sbbb izzah kene bawak brekfest ke sekolah..zahim pon bawak bekal sarapan sbb tak makan berat tengahari..tapi kalau dah kalut2 tuh, makan conflakes aje kami hik hik hik

jeBateja said...

Alaa kak...sesekali...ngak apa2 lah....ganti waktu lunch lah...masak sodap2....ahakz....

Den koje mlm kak...kalau gi SMC...sure den tak do....den tido kek ghumah....ahakz

mas saari said...

anak2 saya biasanya sarapan roti je, ataupun lempeng! kalau buat yg heavy ni diaorang tak makan..