iklan

Followers

Pages

Monday 19 March 2012

Jadi pembantu rumah lebih mewah gajinya!

Semalam aku ada baca pasal gaji minimum untuk pembantu rumah sebanyak RM700. Pulak tu hanya buat kerja khusus saja seperti kalau jaga anak tu itu je lah yang dia buat. Kalau kemas rumah kena gaji lain atau ambil pembantu rumah lain pulak.

Bagi aku.... melampau! Kerja rumah tak susah nak buat cuma banyak yang nak dibuat. Tapi macam tak sepadan je dengan gaji RM700 tu.

Best jugakan kalau semua suri rumah tangga sepenuh masa dapat gaji RM700 ye. Itu pun kira murahlah sebab buat semua kerja. Kira macam mesin serba gunalah sebab siang malam kena buat kerja. Semua nak kena buat dari hal kerja rumah serta kebajikan suami dan anak-anak.

Tapi apa yang berlaku ramai suri rumah buat semua tu untuk bantu suami tanpa upah pun. Cukuplah ada tempat tinggal, makan dan minum serta kasih sayang suami dan anak-anak. Itu pun dah cukup bahagia baginya. Kalau suami ada duit lebih tu, hulur-hulurlah sikit sebagai tanda penghargaan. Tak perlu RM700 pun, RM70 pun ada isteri yang sangat bahagia menerimanya. Tengok taraf masing-masing le..

Bila di letak gaji RM700 hanya untuk satu-satu tugas saja nampak sangatlah tugas uruskan rumah tangga ni tidaklah semudah yang di sangka sebenarnya. Mudah melaksanakan tetapi bila dah banyak dan bertimbun ianya sangatlah memenatkan.

Bukan bermakna aku setuju dengan gaji untuk pembantu rumah tu kerana bagi aku ianya mahal sebab sewa rumah, bil api, bil air dan makan minum pembantu rumah ni biasanya percuma saja. Jika dicongak boleh jadi mencapai RM1000 sebulan. Lumayan tu gaji pembantu rumah.

Rasanya baik aku cari wanita tempatan saja yang sanggup buat semua kerja tu dengan gaji RM700 yang datang pagi balik petang. Lagi jimatkan. Gaji pekerja pengasuh anak aku pun dalam lingkungan itu juga.

Tapi rasanya aku tak ada nak pakai pembantu rumah dah. Pening kepala dengan macam-macam kerenah mereka. Cuma yang pertama dulu saja yang ok. Selepas tu semuanya menyusahkan.

Depa sibuk dok cerita pasal kena deralah, tak bayar gajilah. Tapi lupa agaknya dengan kerenah pembantu rumah tu sendiri yang adakalanya kuat tidur siang, dating belakang rumah, mencuri barang majikan, culas buat kerja, dera anak majikan dan sebagainya.

Bagi aku, majikan yang tak pandai nak menghargai pembantu rumahnya dengan mendera ni tak layak atau diharamkan dari ambil pembantu rumah untuk masa akan datang. Begitu juga bagi pembantu rumah yang menyusahkan majikan ini. Nak bagi peluang? Entahlah sebab aku dah banyak kali terkena... serik!

3 comments:

Hudalatip said...

Setakat ni belum terdetik lagi nak amik pembantu rumah..Masih mampu buat kerja sendiri, hehe

mas saari said...

kalau saya memang taklah nak ambil pembantu rumah ni, tak mampu!

biarlah buat kerja rumah sendiri, lagi selesa..

bicara mak dara said...

diorang ni memang mengada ngada minta itu ini.. Sedangkan di negara sendiri.. gaji pembantu dibayar dengan murah sekali.. Mai negara orang nak demand2 pulak.. gerammm sangat kannn