iklan

Followers

Pages

Friday 30 March 2012

Rasa nak langgar je kereta ni, kalau buat bukan dia tau!

Apa aku buat di depan pejabat blogger JeBateja ni? 
Biasalah sebenarnya ramai client aku di sini dalam bidang aku, Unit Trust. 
Semua kenalan hubby aku juga.

Bukan gambar pejabatnya yang aku nak ambil, kebetulan kejadian betul-betul depan signboard kilang pun.
Sebenarnya nak tunjuk gambar dalam side mirror aku ni. 


Hamba Allah manalah yang parking sebegini rupa kat sebelah kereta aku.
Tak sayang kereta ke dia kalau dibuatnya aku ni saja cari pasal langgar tepi kereta dia masa reverse. 
Opss! tak sengaja! Berlakon sikitkan.. 
Dahla kereta dia berganda lagi lawa daripada kereta aku.

Nyaris jugalah aku ni bukan lesen sekadar tau memandu ke depan dan kebelakang dengan sudut yang selesa saja. Lesen tahun 1994 dan hari-hari memandu kereta pun. Jadi aku lapangkan rasa hati aku menerima seadanya. Cuba jangan marah dan undur sedikit ke depan dan ke belakang hingga dapat keluar dengan selamat.

Lokasi ni kena berhati-hati bila nak keluar dari parking kerana di belakang tu jalan utama. Selalu kereta yang datang dari arah corner maut dan laju pula. Banyak dah berlaku kemalangan di situ dulu. Jadi langkah keselamatan yang mereka ambil meletakkan dua hump di selekoh tajam tu beserta signboard anak panah.

Agak-agaklah bila korang nak parking. Janganlah main suka hati je. Tak pasal-pasal dapat doa tak baik dari orang lain. Tak pun kalau nasib tak baik lagi kereta kemek atau calar tapi tak tau siapa yang buat. Nasib baik aku tak kejam macam tu kan! Tak baik... Allah nampak!

10 comments:

Norliha Samad said...

jenis macam ni kat mana-mana ada, lepas diri sendiri cukuplah tak fikir orang lain.

mas saari said...

orang camni memang pentingkan diri sendiri..

mama maman aka yana said...

banyak pemandu skrg mampu bawa keta lawa dan mahal tp pemanduan cam budak br lepas sekolah memandu.. kalu org langgar kompom mencarut2 tak habis sedangkan dia yg silap gi parking ikut suka dia.. kannnn..

.........cP~ said...

salam.
Uhuk. Sabar je la. Saya belum ada lesen, dengar nak perketatkan lepas ni. Habisla..

Cik mama said...

Geramkan ngan org mcm ni, sesuka hati dia jerr nak park keta. cik mama dah kna bnyk kali, pulak tu yg buat cam ni keta yg beso2 tu.. ishhh geram gilerr.. hehehhehe

ummiross said...

Nasib baik terer jugak Liza,dapat keluar dengan jayanya, kalau tidak kena cium2 manja lah kereta tuu...hehe.

Eye_nee said...

lepas kan sesak sendiri jer....nnt kalau calar kereta maki hamun walhal dia yg parking tak betul...

kak tie said...

sapelah yang luluskan dianmasa ambik lesen keter dulu..mmg tak patut

Dinas Aldi said...

Tak bleh tahan dengan driver buta perut macam nih.

mselim3 said...

xper akak kan jenis sabar orangnya...xper janji hidup harmonis
cuma manusia kkd melebih pulak kan...sabar aje lah...

pls :pape nanti akak singah my blog k...