iklan

Followers

Pages

Wednesday 28 March 2012

Terlebih sopan di jalan raya memang menyakitkan hati!

Selalu juga aku tak dapat mengawal kemarahan aku semasa memandu. Biasanya mulut akulah yang mula bising-bising "Ish...lembabnya!", "Cepat le!" dan macam-macam lagi. Situasi di awal pagi di depan sekolah pagi tadi.

Macam biasa depan pintu pagar sekolah pasti banyak kenderaan beratur untuk menurunkan anak masing-masing. Biasanya aku turunkan anak agak jauh sedikit kerana nak mengelakkan suasana sesak. Tetapi pagi tadi hujan renyai-renyai, maka kasihan pula pada anak aku nak meredahnya jika jauh dari pintu pagar. Maka aku pun turut beratur di antara kenderaan yang banyak.

Hati aku mula panas apabila nak keluar dari simpang sekolah ke jalan utama. Sebuah kereta di hadapan aku tak bergerak-gerak keluar ke kanan walau pun lorong kanan agak kosong. Dia ingin ke lorong sebelahnya yang mana banyak kereta sedang beratur sama ada untuk ke arah lain dan juga ke kanan masuk kawasan sekolah.

Nak tunggu sampai lorong sebelah tu kosong ke baru nak bergerak? Jangan mimpilah! Jika dia tak keluar perlahan-lahan bagaimana kereta lain yang di hadapannya itu nak masuk ke kawasan sekolah? Memang perlu bersopan di jalan raya tetapi bukanlah terlebih sopan hingga menimbulkan marah orang lain. Baru dapat lesen? Tak nampak pula lambang 'P' ditampal di belakang kereta.

Kemudian ada pula kereta di sebelah kirinya yang juga berhajat nak ke kanan. Tolonglah cik Abang! Kalau dah guna lorong kiri, belok saja ke kiri. Anda menyebabkan kereta-kereta lain yang berada di hadapan sekolah tak dapat nak keluar. Kereta-kereta lain yang nak masuk pun tak dapat juga. Maka buatlah bentuk bulatan yang tak bergerak.

Ni aku siap tunjuk lokasi kejadian lagi. Point B tempat kereta masuk dan akan keluar di point A. Rod biru tu adalah pembahagi antara jalan dan kawasan turunkan anak murid. Kes aku berlaku di point A. Sebelum tu sudah tentu aku juga masuk di point B.

Kereta dari arah kiri dan kanan Jalan Seri Putra 3 akan masuk di point B. Jika di point A takut-takut nak keluar ke Jalan Seri Putra 3 dan terus beredar ke destinasi masing-masing, bagaimana kereta lain nak masuk ke point B? Bertapalah dalam kereta kat situ, tak boleh nak bergerak ke mana. Dari point A boleh belok ke kanan atau ke kiri. Biasanya jika belok ke kanan memang kereta sedang beraturlah nak masuk ke point B atau terus saja. Aku memang tak suka belok kanan.

Bila menghantar anak-anak ke sekolah dalam kesesakan begini janganlah masa tu sibuk nak cari barang, sibuk nak telefon dan nak cium pipi anak lama-lama. Kalau nak juga carilah port yang sesuai dan tak sibuk. Ada yang nak hantar anak ke sekolah lain, ada yang nak pergi kerja dan macam-macam lagi. Janganlah lambat buat keputusan nak belok kirikah atau kanan?

Memandu kereta perlu ada keyakinan dan keberanian megikut kadar yang patut juga. Janganlah terlebih berani hingga mengabaikan faktor jarak, masa yang boleh menyebabkan kemalangan. Agak-agaklah ye!

Banyakkan istighfar wahai Liza. Dah tua-tua ni takkan tak surut-surut lagi sikap pemarah tu. Astaghfirullah! Banyakkan sabar!

4 comments:

Unknown said...

rasa sama jer kat mana mana, time turunkan anak tu nak peluk lah nak cium lah bagai.. buat kat rumahlah.. lebih lagi boleh.. siap timang2 pon boleh.. kekadang ada yang sanggup tunggu dan berhenti depan betul2 depan pintu pagar.. semata-mata nak lambai anak masuk gate ? kenapa tak bawak jer kereta dan turunkan kat betul muka pintu kelas kan bagus !

kadang2 pelik tengok perangai orang yang melebih2.. padahal anak dia tak ada apa apa pon..

mas saari said...

betul kak! orang yang terlebih sopan ni kadang2 nyusahkan orang lain... kena pada yang tak sabar mahu dihonnya kuat2..

ummiross said...

Hehe kadang2 kesabaran orang tua pun tercabar juga kan Liza..

soniacamili said...

kadang2 org yg 'terlalu bersopan' nie jugak la yg pembawa masalah
geram jugak kalau kene..