iklan

Followers

Pages

Thursday 22 March 2012

Usia remaja perlu sokongan dan bimbingan yang dewasa

Peace! Jangan marah-marah!
Adakalanya kita terlalu marahkan anak hingga keluar perkataan mencarut dan maki hamun yang tak sepatutnya. Pantangnya aku menyamakan manusia dengan binatang, apatah lagi anak sendiri. Lagi tak tahan bila dah marah diserta pula dengan sepak terajang.

Aku ada baca kalau nak pukul anak, pukul di tapak kakinya. Memang sakit sikit tetapi berbaloi untuk ransang saraf di tapak kaki untuk kesihatan. Maknanya bukan saja-saja menghukum anak.

Apa aku nak kata memanglah anak kita tu nakal ya amat sangat. Tetapi cuba renungkan semula nakalnya ikut siapa? Ikut perangai kita atau pasangan kita? Kalau ikut pasangan kita sekali pun kenapa mesti nak menyalahkannya pulak.

Salah kita juga yang nak sangat kahwin dengan pasangan kita tu kenapa kalau dah tau perangainya tak elok? Salah sendiri jugakan. Jodoh? Sebelum kahwin abang sulung aku pesan buat solat istikharah dulu. Buat tak? Tak buat? Tak mengapalah, benda dah jadi maka perbaikilah mana yang tak bagus tu.

Aku baca entry di blog si manis Lulu Pages dengan tajuk 'Kerana terlalu liar, remaja ini dibunuh ayah kandungnya'. Baru 14 tahun pun anaknya, sebaya dengan anak kedua aku.

Bila anak liar, suka hati je nak bunuh. Siapa yang ajar dia makan, minum, tentang kehidupan dan sebagainya? Bukan kita sebagai ibu bapa yang ajarkan. Baru 14 tahun, masih muda remaja. Memang sedang dalam usia suka dan mudah memberontak pun.

Semasa anak sulung aku masuk usia 14 tahun menuju ke 15 tahun dulu, hati aku cukup risau. Aku cukup risau dengan perubahan sikap yang mungkin mudah sensitif dan memberontak. Aku hanya perhatikan saja kehidupannya sehari-hari sama ada aktivitinya di sekolah dan mestinya di rumah. Syukur tiada yang merisaukan aku.

Kenapa aku risau sangat? Aku pernah melalui usia itu dulu. Aku tinggal di asrama dari tingkatan 1 hingga 5, melihat perbezaan sikap pelajar tingkatan 1 yang naik ke tingkatan 2 dan seterusnya ke tingkatan 5. Perubahan sikap kadang dapat kita jangkakan sama ada mereka bersikap berdiam diri, mempertahankan diri, tak ambil kisah dan sebagainya. Usia 15 tahunlah yang aku lihat paling kerap menimbulkan sensasi. Bila melangkah ke usia 16, sikap keras hati mula berkurang sedikit. Itu pendapat peribadi aku.

Sebagai ibu dan wanita dewasa, aku kenalah beri pandangan dan berbincang dengan anak-anak bila mereka ada masalah. Jika rasa tak mampu, luahkan pada pasangan untuk dapatkan bantuan. Jangan simpan sorang-sorang kerana anak itu anak pasangan juga dan biar mereka tahu apa yang berlaku.

Kadang hubby sibuk bekerja, tak perasan apa yang berlaku pada anak-anaknya, apatah lagi jika melibatkan perasaan dalaman. Biasalah, dah memang Allah agihkan tugas seorang ibu lebih memahami masalah dan perasaan anak dan seorang bapa menjadi pembekal keperluan dalam rumah dan pemimpin. Jadi agihan yang cantik itu dapat membangunkan institusi keluarga dengan baik juga.

Jadi anak liar sampai nak dibunuh? Banyak cara lagi nak menanganinya. Jangan hilang akal, jangan menjadi sesal hingga ke akhir hayat.

Semalam pun geleng kepala baca berita pasal si gadis di Kuantan yang mulanya disangka di culik tetapi rupanya mengikut lari ke rumah teman lelaki. Dan aku melihat dua helaian surat khabar Kosmo yang penuh dengan senarai anak-anak yang hilang di muka surat terakhir semalam. Entah apalah nasib mereka kini.

Baca berita kisah gadis itu di SINI.

Hari pertama dia hilang, menangis ibunya hingga aku sendiri pun rasa nak menangis juga. Sebak sangat rasnya. Terkenangkan aku pun ada anak dara juga. Hati ibu mana yang tak risau bila anak hilang. Rupanya hanya lakonan anaknya. Tapi rasanya lega hati ibu bila lihat anaknya selamat.

Mohon dijauhkan bila jadi begini, barulah kita nak buka minda mendalami masalah anak-anak.

Tapi fahamilah wahai anak-anak akan bahana cinta ini sangat bahaya. Cinta zaman sekolah biarlah tidak merosakkan. Sebaiknya elakkan juga. Bukan masa yang sesuai pun. Cinta dunia sahaja, tak dijaga mengundang bala dan dosa.

Aishah kata "Tak bijak betul budak tu, kalau lelaki tu bawak lari maknanya lelaki tu bukannya orang yang baik-baik. Nak ambil kesempatan je!".

Itu kata anak dara sulung aku yang bakal menginjak usia 16 tahun pada September nanti. Namun aku pun sentiasa perhatikannya dan sering berpesan agar kongsi masalah dengan aku.

Berkongsi rasa dengan aku, orang yang jaga dia sejak lahir lagi. Aku yang setakat ini mengerti apa warna kegemarannya, artis pujaannya, makanannya, waktu tidurnya, kartun kegilaannya, rakan baiknya, masalah kesihatannya dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang dirahsiakan juga tu tak tahulah pulak aku. Tapi password email dan facebooknya pun aku tahu dan dia akan bagitahu aku jika menukarnya.

Mohon dijauhkan perkara-perkara buruk berlaku pada anak-anak aku dan kalian juga.

8 comments:

kay_are said...

memang tak patut r die wat family camtu.. semua ingat die kne culik.. tapi lain cite di sebaliknye..

muslimah rempit said...

Ayah Kak So pula jenis ajak semua anak kumpul ramai-ramai sembang kisah dia dulu-dulu.. Kami memang suka bab sembang-sembang ni.. Mak pon mesti ada, rasa bahagia kalau ada segmen ini..
(erkkk tatabahsa tunggang langang maaf la yer)

Jadi kami anak-anak yang "terlebih cerdik" kena la paham maksud tersirat cerita dia kan...

Opsss ayah Kak So suka bersembang dengan kami adik beradik.. Mak sampaikan pada abah kedegilan kami adik beradik. Mak Garang abah ambil pula port lemah lembut.. Tak gitu kaedah didik anak-anak

Hanis Azla said...

macam2 hal berlaku sekarang ni.. sebagai ibu bapa mmg hati kita selalu rasa tak tenteram.. waktu kecil begini.. waktu remaja begitu.. seram sgt.. Selagi kita menjalankan tanggungjawab insyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik.. semoga anak2 kita sentiasa dilindungi dan sentiasa tahu mana yg paling baik buat mereka..

ct rahani said...

betul la kak.. suka baca entry akak nih.. byk pengajaran boleh diambil.. nak pukul anak utk mengajar x salah.. tp biar la bertempatkan.. sy pun selalu gak hilang sabar ngan kerenah anak2.. mula la rasa nak rotan je.. tp cepat2 istifar dlm hati.. klu asyik kena pukul pun anak2 makin kuat memberontak..

mas saari said...

betul tu...kalau ikutkan memang geram dan marah tapi cara tu tak membantu pun! pukul boleh tapi jangan sampai mencederakan, cukuplah sebagai pengajaran...

penat je mengandungkan dan melahirkan mereka pastu dera pulak kan?

Muhammad Izuan said...

bagaimana acuan, begitulah kuihnya...

Norliha Samad said...

Anak-anak remaja skg kita tak boleh nak berleter selalu, lagi tension dia orang. Kita pun kena relaks dan tegur secara berhemah jangan semasa hati kita tengah marah bila nak bercakap dengan mereka. Itu akak selalu amalkan. Alhamdulillah semuanya bila ada masalah akan refer pada ibunya, kalau belum balik sanggup talipon kat opis tak sabar nak cakap.

jeBateja said...

dulu2..masa kecik2 kena marah...tak terfikir plak kita nak larik....budak sekarang ni.....advance plak...ahakz