Setiap kali bercerita, wanita tua ini akan mengeluh kerana anaknya cuma dua orang. Dia sering sedih bila mengenangkan sembilan orang anaknya yang telah meninggal dunia. Ada yang meninggal semasa di dalam perut, sebaik dilahirkan, beberapa jam selepas dilahirkan dan ada yang telah berusia 4 bulan. Hanya dua orang sahaja yang Allah panjangkan umur mereka. Elok pula sepasang, yang besar perempuan dan lelaki yang bongsunya. Kedua-duanya telah berumahtangga.
Pada wanita ini aku memujuk. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap kejadian ke atas kita sebagai hambanya. Bersyukur kerana dua orang anaknya yang masih hidup itu taat padanya sebagai ibu yang melahirkan mereka. Alhamdulillah kerana kedua-duanya hidup senang. Tidak pula melarat hingga mungkin akan menyusahkan dia sebagai ibu sepertimana yang banyak berlaku sekarang ini. Apakah dia tidak merasa bersyukur dengan dua orang anak yang ada, manakala selebihnya yang telah tiada bakal memimpin tangannya ke syurga kelak.
Allah mungkin telah menduga wanita tua ini sangat perlahan dalam melakukan apa-apa pekerjaan. Terlalu lemah-lembut dan tidak teguh tubuh badannya sejak muda lagi. Bagaimanalah agaknya anak-anaknya menanti masakan si ibu yang terlalu lambat di siapkan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam kerana itulah yang sering suaminya suarakan setiapkali waktu makan tengahari. Mungkin itu alasan remeh!
Pernahkah dia terfikir bagaimanakah mampu dia memenuhi keinginan untuk melawat kesemua rumah anak-anaknya di usia tuanya ini sedangkan yang dua ini pun mulutnya sudah mengomel keletihan, rindukan kampung dan pelbagai alasan lagi. Bagaimanalah jika 11 buah rumah yang harus dia pergi? Lainlah kalau sakit teruk, pasti tak boleh ke mana-mana.
Anaknya cuma dua tetapi begitu gundah hatinya risau kalau-kalau anak-anaknya ini bergaduh kerana berebutkan harta peninggalan. Kalau ramai, tentulah lebih-lebih gundahnya. Kedua-dua anaknya sangat sepakat, cuma dia yang terlalu risau. Mungkin kerana itu juga Allah berikan dua orang anak sahaja.
Mungkin kerana usianya yang tua membuat hatinya mudah terusik. Seorang wanita tua yang setia mendiami rumah peninggalan arwah suaminya. Arwah suaminya pernah berpesan agar tidak meninggalkan rumah pusaka itu apabila arwah telah tiada nanti.
Biar secantik dan sebesar mana sekali pun rumah orang lain hatta rumah anak sendiri, kita akan tetap selesa di rumah sendiri walau pun mungkin agak kekurangan kesenangannya. Tidur di tilam sendiri lebih nyaman walau pun nipis saja. Itulah yang mesti kita ingat selalu bila ibu atau bapa kita yang telah tua tidak mahu tinggal bersama kita. Sebab lain tu kena kaji sendirilah!
Setianya seorang isteri yang menurut pesanan arwah suaminya itu sangat dihormati. Anak-anaknya tidak mahu memaksa kerana tidak mahu melukakan hati ibu tua. Namun kebajikan dan sakit pening ibu tua tetap diperhatikan walaupun kedua-dua anaknya tinggal berjauhan. Setiap minggu telefon rumahnya akan berdering menerima panggilan dari anaknya yang bertanyakan khabar.
Aku khabarkan padanya bahawa dia tidak gagal! Anak-anaknya baik-baik belaka. Kedua-dua anaknya tidak pernah sekali pun meninggikan suara dengannya sebagaimana anak-anak orang lain. Wanita tua itu mengiyakan kata-kata aku. Anak-anaknya juga taat bersolat, tidak seperti sesetengah orang yang sangat culas walau pun sudah bergelar ibu-bapa.
Itulah ibu kepada hubby aku, ibu mertua aku yang sangat lemah lembut pergerakan dan tutur katanya namun hatinya sangat tegas dalam urusan solat dan menjaga budi bahasa. Hasilnya seorang lelaki yang rajin bekerja, berbudi bahasa, belajarnya tanpa perlu disuruh maknya dan kulit cerah macam maknya juga. Lelaki ini untuk aku selamanya... buat hubby tersayang!
p/s : apasal entah, tiba-tiba nak meleleh pulak air mata ni bila baca semula entry ni. Wah! Perasannya! Terasa nak call mak mertua sekarang juga! Helloooo....
10 comments:
Org tua beitulah..cpt terusik dan bimbang..Alhamdulillah akk punya mertua yg baik..:)
Assalamualaikum Adzriel
anda antara yg paling beruntung
kerana memperolehi ibu mertua yg serba lengkap untuk dunia dan akhirat, dan diwarisi pula hubby. Insyaallah akan mengalir ke zuriat adzriel pula
Wassalam
bertuah akak dapat suami yang baik... bertuah juga mertua akak memiliki anak yang soleh :)
hm, mesti makcik tu baik....
Alhamdulillah Liza, bukan saja Liza yang bertuah, ibu mertua, suami dan anak2 pun bertuah mempunyai Liza..
bes karangan akak..mmg syahdu..huhu..saya pon penah kehilangan anak, semoga artikel ini dapat memberi kekuatan pada saya..:)
ASSALAMUALAIKUM
salam ziarah, beruntung ayu dapat kenal dgn kamu....sepanjang menjaga abah mertua..ayu di blog kamu..
terima kasih kerana memberi kekuatan rohani ayu
PS: dah cuba 5 kali follow blog kamu..tak dapat request...kenapa yer?
kak liza mmg terbaikkk...untung akak dpt mak mertua & hubby baikk..deela xtau lg huhuhu..sedihnyer mlm nie :(
Meh sini: Wake up Deela..Forget about Him!!
sini jugak: Bakal Isteriku sudah tiada Dara!!
akak..teringat dua pelajar saye yg telah pergi selamanya pada cuti pngal yg lepas..semoga roh mereka ditempatkan bersama orang yg soleh.
Alhamdulillah.. mak mertua, mak kita juga kan kak.. semoga kebahagian terus menjadi milik akak sekeluarga..
Post a Comment