iklan

Followers

Pages

Saturday, 19 March 2011

Gaji RM2,000 minimum mohon kad kredit

Berita untuk mereka yang ada banyak kad kredit dan tak terurus. Cepat-cepatlah selesaikan hutang kad kredit yang menyakitkan. Setuju sangat kalau limit gaji nak mohon dinaikkan. Link asal : sini.

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, hanya mereka berpendapatan RM2,000 sebulan boleh memohon kad kredit berikutan langkah terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan had minimum pendapatan tahunan daripada RM18,000 kepada RM24,000.

Pemegang kad kredit sedia ada dan pemohon baru berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang daripada itu, hanya boleh memiliki kad daripada dua bank dan had kredit ditetapkan dua kali ganda daripada pendapatan bulanan masing-masing.
Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus, pada taklimat medianya semalam, berkata berikutan langkah itu, pemegang kad berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang yang mempunyai kad kredit lebih daripada dua bank diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk mengurangkannya kepada dua bank saja.
"Golongan ini diberi masa dua tahun untuk menyelesaikan baki tertunggak untuk kad yang dibatalkan itu," katanya.

Katanya, walaupun hutang daripada kad kredit di Malaysia kini berada pada paras yang boleh diuruskan, langkah terbabit perlu diambil untuk menggalakkan pengurusan hutang dan kewangan secara berhemah.

Katanya, garis panduan baru itu juga adalah untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penggunaan kad kredit sebagai instrumen bayaran yang selamat serta memastikan amalan perniagaan adil untuk semua pihak.

“Matlamat utama garis panduan baru ini adalah sebagai langkah awal memastikan paras terkawal hutang isi rumah kekal pada kedudukan sekarang pada masa akan datang,” katanya.
Sehingga akhir tahun lalu, hutang tertunggak kad kredit di negara ini adalah RM30.8 bilion atau lima peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah.

Kira-kira 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit di Malaysia ketika ini mempunyai pendapatan tahunan RM36,000 atau kurang daripada itu.

Nor Shamsiah berkata, dalam usaha meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit, semua urus niaga yang menggunakan instrumen bayaran berkenaan akan memerlukan pengesahan PIN, bermula 1 Januari 2015.

Beliau berkata, maklumat urus niaga menggunakan kad kredit juga akan dihantar oleh bank kepada pemegang kad menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berkuat kuasa 1 Januari depan.

“Bank juga akan melaksanakan lebih banyak pengesahan keselamatan untuk urus niaga dalam talian bermula 1 April tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) memberi jaminan kepada pemegang kad kredit, kedudukan kewangan mereka akan dinilai oleh bank ketika melaksanakan garis panduan baru itu.

“Garis panduan itu baru saja dikeluarkan, justeru, ahli kami serta pengeluar kad lain kini sedang mengkaji semula operasi masing-masing dan membuat perubahan dalam proses berkaitan.

“Diharapkan, bank dan pengeluar kad diberikan tempoh yang wajar untuk menyelesaikan kajian semula itu seterusnya memberi maklumat kepada pengguna terhadap pendekatan yang akan digunakan kelak,” kata Pengarah Eksekutifnya, Chuah Mei Lin.

Dalam pada itu, Mei Lin berkata, ABM dan pengeluar kad bank komersial sudah menyediakan senarai soalan yang mungkin dikemukakan pengguna dan jawapan berkaitan dengannya untuk memudahkan rujukan dibuat apabila mengendalikan pertanyaan daripada pemegang kad kredit yang terbabit.

“Pelanggan yang berdepan kesulitan boleh menghubungi bank masing-masing untuk berbincang situasi peribadi mereka supaya nasihat boleh diberikan,” katanya.

2 comments:

eqbalzack said...

salam...
TAHNIAH! anda salah seorang pemenang contest 3 sponsor...

logorithm said...

I sokong langkah nih. I dulu ader banyak gak kad kredit, tapi dah kurangkan tinggal 3 jer sekarang nih. Target nak buang satu lagi. Nak simpan dua jer.

BTW, Congrats!