iklan

Followers

Pages

Sunday, 13 March 2011

Baby pun mudah terpengaruh!

Inilah diapers yang biasa Arif pakai sejak lahir lagi. Ha..ha... terpengaruh ke?

comel baby tu!
.
.
.
.
.
.
.
.

mama tak ajar Arif ye!

Sebenarnya aku pun tak perasan persamaan gaya Arif dengan model diapers pet pet tu. Aishah kakaknya yang snap gambar beg diapers tu. Gambar Arif tu dah lama pun.. kebetulan aje!

Arif yang semakin membesar. Dah 1 tahun 10 bulan pun!

1. Suka tengok kenderaan besar seperti bas dan lori. Terjerit-jerit dia "Eee! Eee!" sambil jari menunjuknya ke arah kenderaan berkenaan.

2. Mulutnya bising menyebut "Abad! Abad!" yang maknanya Allahuakbar! bila ternampak gambar masjid atau kubah sama ada di TV, gambar atau di mana-mana saja.

3. Suka main bola sepak dan asyik-asyik menyebul "Gol!". Begitu juga bila tengok berita sukan bola di TV.

4. Cukup takut bila dengar bunyi guruh di langit. Cepat-cepat nak peluk aku!

Masa aku taip ni pun Arif duduk di riba aku sambil dengar lagu ni guna earphone. Kitaorang share earphone kiri kanan..


Senyapppp... je bila dia dengar lagu ni.

Tapi berubah bila dengar lagu yang seterusnya di part korus...

Dia pun nyanyi sama..."Owoh! Owoh!" (Allah! Allah!) dengan kepalanya geleng-geleng sambil tepuk tangan. Earphone di telinga aku pun dia nak juga. Dua-dua dia punya!

p/s : Sesungguhnya proses pembelajaran itu bermula sejak baby dalam perut lagi. Aku kena ingat bahawa Arif sudah mula belajar mengikut apa orang lain buat. So...hati-hati!

No comments: