Tadi aku ada tengok youtube tentang rasa tak puas hati dua insan terhadap kata-kata seorang wanita Malaysia yang sangat popular di seantero dunia. Tak naklah aku menyatakan siapa dia... tak elok pun. Tapi kenyataan yang dikeluarkan dikhalayak ramai telah mengguris hati rakyat Jepun dan menjengkelkan hati rakyat Malaysia. Sudahlah Malaysia tercanang di CNN kerana kartun Otoman di Berita Harian, ada lagi yang bertindak tidak bijak mengeluarkan kata-kata sensasi.
Biar pun aku pernah menyatakan rasa yang tak terucap dalam entry Antara dendam dan airmata, tapi itu kebencian pada generasi mereka terdahulu. Mungkin tiada kemaafan pada yang mengalaminya dulu namun aku tetap menghormati sikap generasi negara Jepun itu sekarang.
Sangat tidak bijak bila kita mengkritik negara Jepun yang agak rapat dengan negara kita, Malaysia. Sebuah negara yang banyak membantu menaikkan taraf ekonomi negara kita. Lebih melampau pula bila melakukannya disaat mereka sedang dalam kesedihan yang amat sangat akibat bencana tsunami yang melanda negara mereka.
Melihat sikap positif yang ada pada mereka adakalanya buat aku rasa malu. Dalam kekalutan selepas tsunami dan sangat mengharap mereka masih mampu beratur dengan sabar menanti huluran bantuan dan sebagainya. Bak kata hubby aku, tetamunya dari Jepun pernah memberitahu bahawa semua orang yang berpangkat besar di sana mesti juga turut serta dalam kesesakan jalanraya. Memang tak adalah kita nak mendengar bunyi siren motor polis suruh ke tepi untuk beri laluan.
Kata-kata wanita itu yang mengatakan bencana yang berlaku pada negara matahari terbit itu akibat daripada tidak mengkaji keadaan sekeliling yang melibatkan iklim dan teknologi..bla..bla..bla.. di TV sangat tidak sesuai.
9 comments:
emm malu kan kita sebagai rakyat malaysia.kerana nila setitik rosak susu sebelanga..:)
pulut dengan santan sedap jugak akak..hehe...**enterprem jap **
malaysia mudah lupa....
bagi kita yg pernah kerja dengan orang jepun ni mmg faham benar dengan cara mereka kan kak.. Simpati untuk semua rakyat Jepun dan rakyat kita yang berada di sana..
ummi pun dah tengok, kadang2 lebih baik diam daripada memberi ulasan yang tidak bijak kan...
akak dah tgk video dia??deela dah tgk smlm..cara dia berckp wat org akan rasa 'kenapa kena kuar statement mcm tu??' smua yg berlaku tu bkn sbb pembangunan or ape smua tu sbb bencana alam tentuan ILAHI..tah la kak kadang2 diaorg nie bcakap xguna akal fikiran..
Meh singgah: Seksinyer Dia!!
salam...
kadang2 ada juga yang suka lepas cakap...
respek la ngan org jpun;)
tula pasai.. lagak rosmah mengalahkan menteri.. huhu
MySuaraBlog: Setelah 2 minggu tak.....
Post a Comment