iklan

Followers

Pages

Friday, 25 March 2011

Marahnya ibu bapa umpama baja

Salah satu pesanan Lukmanul Hakim iaitu sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah pada anak-anaknya :

"Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman"

Tertarik aku dengan kata-katanya bukan kerana ingin sekadar berpesan pada anak-anak aku sendiri tetapi juga pesanan buat aku sendiri yang masih punya ibu kandung, ibu mertua, ibu angkat dan ibu susuan. Kesemua ibu-ibu yang kusebutkan itu telah pun kematian suami masing-masing. Alfatihah buat Allahyarham ayahanda Abu Bakar, Hashim, Masri dan Adam. Kalian sentiasa dalam ingatan aku.

Bila mak dan ayah marah itu kerana aku berbuat salah dan kesalahan itu mesti diperbetulkan. Jika tidak ditegur, takut kita meneruskan kesilapan itu. Ibu bapa punya pengalaman, tentu tidak mahu anak-anaknya menerima kesan yang lebih buruk akibat meneruskan kesilapan itu.

Mungkin kesan memarahi atau merotan kita akibat malas belajar tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesannya pada masa depan kita. Malas belajar boleh menyebabkan kegagalan dalam peperiksaan yang mengakibatkan masa depan kita menjadi tak tentu hala.

Bingitnya telinga mendengar leteran ibu dan ayah supaya jangan keluar malam ke tempat-tempat yang tak tentu hala itu tidak seberapa jika tiba-tiba malam itulah menjadi titik hitam pada si anak bila terperangkap dalam pelacuran, dinodai kekasih atau merengkok dalam lokap kerana diserbu polis. Malang itu tak berbau! Berhati-hatilah!

Untungnya bila kita punya ibu bapa yang sudi menegur kesilapan kita. Bagaimana rasanya mereka yang sunyi tanpa ibu dan ayah?

Walau ada ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk anak yang kian remaja, kita harus ingat bahawa mereka tetap sayangkan kita sebagai anak mereka. Kalau tidak mana mungkin mereka sediakan rumah, pakaian, keperluan sekolah, belanja harian dan makanan untuk kita.

Itu mungkin kelemahan ibu bapa dalam membahagikan masa antara waktu kerja dan waktu bersama kita sebagai anak yang punya hati dan perasaan. Sebagai anak, tanamkan azam supaya kita tidak perlakukan anak-anak kita bila sudah berumahtangga nanti.

6 comments:

Muhammad Izuan said...

sedih... bila sentuh mengenai ibu bapa, semua org cepat tersentuh. smoga dapat jd anak yang baik, dan menjadi parent yg baik.

Luqman Zakaria said...

hurmm!rindu mak ngan ayah la plak!!huwaa~

arepnakbebel: bintang ku malap!kenapa ek?

manueng said...

mane ade mak ayah yg arah anak diorg x tentu pasal kan....diorg marah pun sbb sygkn kite:)

Fairus Bin Mamat said...

BETUL TU.. KITA MARAH ANAK BUKAN BENCI.. KITA MARAH UNTUK MENGAJARNYA.. KASIHAN ANAK SAYA, KERAP KENA MARAH PASAL NAKAL, TAPI BUKAN APA, SEKADAR UNTUK MENGAJAR.. DIA KENA TAHU, BAPAK DIA DULU LAGI TERUK KENA BANTAI DENGAN ATUKNYA.. :)

ummiross said...

syurga itu di telapak kaki ibu..

Puan Kutu said...

betul,jadikan pengajaran..jgn biarkan anak2 kita rasa apa yg kita rasa..