Hidup bermasyarakat hendaklah bekerjasama. Seronok bila dapat hidup aman dan makmur. Bukan untung pun kalau asyik nak dengki-mendengki dan cemburu yang merosakkan. Boleh saja nak cemburu tapi biarlah cemburu yang mendatangkan faedah.
Jiran aku senang? Memang aku cemburu dan sangat cemburu. Pakai kereta besar, buka pagar pakai remote control. Aku ada juga remote control, tapi untuk TV je la. Tapi ada ke aku canang kat orang sesuatu yang buruk tentang jiran aku tu? Mencipta cerita buruk tentang jiran aku pada orang lain memang aku tak suka. Kecualilah kalau dia memang menyusahkan aku. Itu memang dia yang cari nahas. Tapi kalau dia jenis sombong dan buat dek je, aku pun buat tak tau je la. Bila tengok jiran senang, maka aku pun beranganlah nak macam tu juga. So kena berusahalah untuk dapatkan itu semua.
Aku memang cemburu bila tengok anak jiran aku ni cukup petah bercakap bahasa Inggeris sejak umur dia mula pandai bercakap. Memanglah pandai sebab mak ayah dia asyik dok 'speak english' hari-hari. Ada aku nak mengata dia eksyen, tak pulak. Salah ke budak tu asyik dok cakap bahasa Inggeris hari-hari? Budak tu tau cakap Melayu, dengan Mak Tok dia la yakni nenek dia yang dok sekali kat rumah tu. Pemalu budaknya, dah 5 tahun pun. Aku suka mengusik dia. Kalau aku nak anak-anak aku pandai dalam apa jua bahasa tu kenalah beri pendedahan lebih tentang bahasa tu. Jangan pulak nak pi kondem orang lain yang pandai.
Bisnes online adik aku rancak di Asterisk Boutique, order banyak untuk teman blogger aku di Salam Borneo dan Little Adaman berbanding kedai online aku di Adzrien Shoppe. Memang aku sangat cemburu dengan mereka ini. Ada aku kutuk diaorang? Takkk.... aku promote lagi adalah! Kat sini, sini dan sini! Aku tak minta mereka balas pun. Cukup sekadar menghargai dan menjaga etika persahabatan sesama insan. Aku sayang mereka atas sifat mereka yang sangat menghormati aku.
Sangatlah cemburu bila tengok blog Eqbal dan Ben Ashaari dihujani pelawat yang beribu-riban sebulan. Jumlah sehari pelawat aku lebih kurang sama je dengan sesaat bilangan pelawat diaorang. Tak ada pulak aku pi kutuk diaorang eksyen sebab memang diaorang tak eksyen pun. Kalau aku tak suka, aku berlalu je dari blog diaorang. Mereka berjaya kerana usaha mereka dan yang datang melawat suka dengan usaha mereka. Kalau aku nak berjaya, kenalah rajin berusaha. Cara kena betullah!
Aku seronok melihat kejayaan orang lain. Kita juga untung bila orang di sekeliling kita senang. Kalau tak untung pun, kita tidak akan disusahkan. Jika jiran-jiran kita senang hidupnya, mereka tak akan menyusahkan kita. Begitu juga bila adik-beradik berjaya, kita pun tak perlu nak keluarkan modal bantu mereka. Jadi bila orang-orang di sekitar kita gembira dan senang hidupnya, kita pun patut bersyukur.
Kalau adik-beradik, teman-teman atau jiran-jiran kita susah tu janganlah lokek sangat nak bantu. Bantulah setakat mana yang terdaya. Kalau kita tak mampu nak membantu, jangan mulut kita ni mudah pula nak menghina dan memperlekehkan mereka. Usah di tambah derita mereka. Hari ini mereka susah, giliran kita tak tahu lagi. Memanglah plan kita dah cukup bagus tetapi kalau Allah nak menarik nikmat yang ada, ianya boleh berlaku bila-bila masa saja.
Pada semua yang ada dalam bloglist aku kat bawah tu, aku cukup menghargai kalian. Kalau aku jarang melawat tu bukan sebab aku tak suka, cuma terkadang terlupa dan tak sempat. Korang maklumlah kalau anak aku dah 5 orang yang sedang membesar belaka, ada baby lagi. Mana ada pembantu rumah. Kerja luar kena buat juga sebab Nursyafikah kesayangan tu nak kena bayar juga tiap-tiap bulan. Bayar sendiri tau! Shopping aku tanggung sendiri! He..he.. itu belum bab aku suka nak try makan kat restoran baru lagi, bayar sendiri laa..
Bacalah entry kawan baru aku ni, sangat bagus untuk dijadikan panduan : Jagung yang luar biasa
10 comments:
Cemburu itu bagus jika untuk membuatkan kita menjadi yang lebih baik.. Tapi Cemburu itu jadi tak bagus sampai ada niat nak aniaya orang lain.. ;)
MySuaraBlog: Tidur Siang Itu Bagus
takper, berusaha gigih lagi dan jangan putus asa
CEMBURU SEBENARNYA BOLEH MEMBAWA KITA KE MERCU KEJAYAAN..
Cemburu dalam perkara kebaikan tidak mengapa, jadi motivasi untuk kita untuk jadi lebih baik
cemburu yg membina itu bagus..:)
betul kak..kita ni byk hasad dengki tatau la kenapa..padahal org tuh berjaya pon bukan sebab kita, so tak perlu la nak sakit hati ke ape..huhu
pada jat,perasaan cmburu kdg2 dtg n kita sedar.hihi..asalkan bertempat O.o
cemburu jenis baik xpe kak..jgn cemburu x tentu psl tu yg x bagus..hope bisnes akak akan lbh kencang ye..
melihat kejayaan orang sebagai contoh dan dorongan untuk kejayaan kita kelak. aku rasa entri ini berkaitan dengan cemburu dan dengki. dua perkataan ini punya maksud yang jauh beza
Betul tu. Daripada sibuk berperasaan hasad kat orang dek kerana cemburu lebih baiklah kita memperbaiki diri sendiri utk lebih maju.
Post a Comment