Kesian le si lelaki ini. Punyalah kalut sampai potong kuku pun dalam kereta masa tengah berhenti kat traffic light. Tak menyempat-nyempat nak berhenti dah. Dibuatnya terpotong isi kuku tu bila tiba-tiba lampu hijau menyala tu baru tau. Nak menangis malu le pulak ; lelaki badan ketul mana boleh nangis! Bacalah saper yang buat kerja giler dalam kereta ni!
Meh aku cerita antara petua nak mengeratkan kasih sayang suami isteri dan anak-anak. Antara yang aku buat potong kukulah. Mula-mula kahwin dulu akulah tukang potong kuku dia. Bila dah ada anak, potonglah kuku anak-anak pulak. Bila anak-anak dah besar-besar ni depa nak potong kuku sendiri. Tapi aku selalu juga spot check kuku depa ni dan masih potong anak aku Azri, 9 tahun.
Sejak ada baby ni agak kalut sikit, sekali-sekala juga potong kuku hubby. Kadang-kadang bila pegang tangan hubby ternampak kuku dia panjang sikit "kenapa ni yang? Pasal tak potong kuku?". Dengan saja nak bermanjanya dia jawap "ada orang tu dah tak sempat nak potongkan!". Ecehhh!
Mula-mula nak potong kuku hubby dulu dia rasa 'seriau' semacam je! 'Seriau' tu rasa macam ngilu campur ngerilah gamaknya. Dia ada pengalaman isi kuku terpotong bila mak dia potong kuku dia masa dia kecik-kecik dulu. Kesian! "Rilek la yang! Mama expert kalau pasal potong kuku ni.Don't worry!"
Ada lagi satu yang semua nak bermanja dengan aku. Bila aku cuci telinga salah sorang anak aku, yang lain mula ambil nombor giliran dari yang sulung sampailah yang kecik sekali. Termasuklah hubby aku. Biasanya sessi cuci telinga ni penuh dengan gelak ketawa kerana masing-masing mengutuk berapa tebal taik telinga yang tersimpan dan dengan aksi-aksi geli-gelemannya.
Teringat pulak anak sulung aku, si Aishah tu semasa dia baby. Bila aku cuci telinga dia mesti mata nak terpejam. Best agaknya aku cuci telinga dia sampai nak terlelap. Gelihati pulak menengoknya. Sampai sekarang pun dia suka aku cuci telinga dia. Hai.. umur dah 15 tahun kak oi! Telinga pun nak mama cucikan lagi.
Berbeza dengan anak bongsu aku ni, si Arif. Aku dapat cuci telinga dia sekejap je. Lepas tu dia tak nak dah. Dia ulang-ulang kata 'dah' dengan angguk-angguk kat aku. "Nantilah dik, tak habis lagi bijih kat telinga tu!"
5 comments:
wah keluarga bahagia,,
bab korek telinga tu selalu juga diamal
hehe kelakar..sy pun potong jugak kuku en suami,tp slalu komplen tak cntik la apa la..pastu dia wat sndri jugak.hihi..
begitulah memupuk kasih sayang
hehehe bab korek telinga mmg kuasa veto saya..muhahaha...
Post a Comment