iklan

Followers

Pages

Saturday, 12 March 2011

Tsunami di Jepun, beza kesannya!

Baru je sehari komen pasal resepi nak maju kat Jepun : klik sini! Tiba-tiba je bencana buruk melanda negara matahari terbit tu. Bencana yang tak boleh lawan kalau dah Allah mengkehendakinya begitu yakni bencana alam. Dasyatnya tsunami yang melanda mereka.

Aku dapat melihat berbezanya kesan tsunami yang melanda negara yang canggih seperti Jepun berbanding Acheh yang serba kekurangan. Saat-saat berlakunya tsunami di Jepun dapat kita lihat di merata tempat kerana banyaknya CCTV di sana yang merakamnya. Teringat aku pada salah seorang boss Jepun aku dulu yang boleh pantau apartmentnya di Jepun dari Malaysia guna CCTV. Kau ada??

Kebanyakan bangunan di sana dibina dengan teknologi yang dapat kurangkan risiko runtuh akibat gempa bumi. Teliti sungguh orang Jepun ni.

Mendengar jumlah kehilangan jiwa juga menunjukkan perbezaan angka yang sangat ketara di mana malam tadi aku dengar tak sampai 100 orang pun manakala jumlah angka korban di Acheh dulu sangat meruntun jiwa aku. Terlalu ramai hingga melebihi 230 ribu orang yang hanya di Acheh, tidak termasuk negara-negara lain yang turut terlibat.

Bila melihat berita di TV3 malam tadi dan info dari blog kawan blogger aku ni, "Sebelum & Selepas Bencana Tsunami di Jepun" buat aku terfikir betapa pantasnya anggota penyelamat mereka bertindak. Semuanya lengkap dengan sarung tangan, topi keselamatan, penutup mulut dan sebagainya. Begitu juga dengan orang awam yang pantas diberi selimut dan tugas menyelamat dilakukan dengan cepat juga.

Itulah antara budaya orang Jepun yang aku kagumi. Sebab tu Dr. M suka kita pandang ke timur yakni ke Jepun. Teringat aku pada boss-boss Jepun aku masa dulu-dulu ye!

Moga Jepun segera pulih. Saham depa pun banyak kat Malaysia kita ni. Kesan besar sangat ke? Bila Korea bergaduh baru-baru ni pun buat aku risau jugak dengan kesannya pada ekonomi kita. Moga Allah melindungi kita. Amin!

Bila bencana tsunami ni melanda, aku merasa risau dengan teman-teman blogger aku Hanis My,kyo_9 dan si shafiq ahmad ni. Diaorang ni semua yang sedang dok belajar kat Jepun. Ni antara 3 orang yang rajin datang lawat aku kat blog ni. Aku doakan mereka semua selamat dan begitu juga rakyat Malaysia yang ramai kat Jepun tu.

12 comments:

shafiq ahmad said...

thanks blogger adzriel AB..alhamdulillah saya selamat sebab jauh dari pusat gegaran..kawan-kawan saya dekat kawasan merah pun dilaporkan selamat. thanks sebab concern pasal kami semua

Liza @ Adzriel AB said...

shafiq ahmad : mesti terasa risau... shafiq rajin visit akak kat sini. so akak memang ingat nama shafiq ni.

-Sara- said...

harap sume umat islam kat sane selamat hendaknya..]]nyway, sara ade tag akak, sudi2kanlah :)

http://yussygsara.blogspot.com/2011/03/contest-muke-fish-yang-cute.html

Luqman Zakaria said...

bgus lah kalau dorang selamat kan!!

Rie said...

jepun memang bagus dr segi intelek dan kerajinan
mmg patut kita teladani bahagian yg bagus tu :)

Liza @ Adzriel AB said...

-Sara- : alfatihah pada yg muslim. aii... sempat lagi sara tag akak ye!

Liza @ Adzriel AB said...

arep_lockermonth : kesian mereka yg hilang segala-galanya.

Liza @ Adzriel AB said...

Rie : betul rie...kita ambil yg bagus je..

ummiross said...

Semoga student dan rakyat Malaysia kat sana selamat, sama2lah kita doakan

Unknown said...

smoga bencana kali ni mmbuka "mata2 hati" bagi mereka yang memahami

sekamar rindu said...

semoga rakyat malaysia di sana selamat..amin.

Asterisk Boutique Administrator said...

Now risau pasal radiasi pula... kesiannya air pun dah tercemar... Harap2 rakyat Malaysia kat sana semuanya selamat... Mohon byk2 pd Allah swt.