iklan

Followers

Pages

Monday, 28 March 2011

Murah rezeki awal pagi


Arif sempat berposing dulu sebelum tidur

Malam tadi sakit kepala sikit, so aku pun nak masuk tidur awal lebih kurang pukul 9.30 malam. Kalau dah ada baby, kenalah ajak si kecik tu tidur juga. Baby Arif aku ni type lambat nak lelap selagi bilik terang benderang. Kenalah bagi gelap-gelita dulu barulah ada potensi nak lelap. Itu pun nak main-main lagi. Bising mulut dia kalau aku baring tak mengadap dia. Manja betul sekarang ni.

Aku terjaga semula lebih kurang pukul 12.00 malam. Semua orang dah lelap. Dah terbiasa kalau terjaga tu mesti nak ke toilet dulu buang air kecil dan lepas tu baru boleh sambung tidur. Kepala terasa berdenyut lagi. Lepas sambung tidur aku terjaga lagi pukul 2.25 pagi. Kepala semakin sakit. Takut berlarutan lebih teruk aku pun makan jugalah sebiji ubat migraine aku.

Nasib baik dapat tidur semula. Arif pun lena nampaknya. Cuma sekali dia mengigau menyebut"Amin! Amin!". Terlebih mengaminkan doa agaknya. Comel kalau baby mengigau macam tu. Kalau orang tua, apa pulak yang diaminkan ye!

Terganggu betul tidur aku malam tadi. Terjaga lagi pukul 3.30 pagi. Aku cuba lelapkan mata tetapi minda aku dah befikir macam-macam. Berfikir tentang anak-anak, kerja rumah, kerja cari duit aku dan entah apa-apa lagi. Bila minda aku dah mula berfikir banyak perkara biasanya aku memang tak dapat tidur semula. Dua kali aku duduk dan baring semula.

Tak boleh jadi ni. Nasib sakit kepala dah hilang. Terasa buang masa lama sangat bila baring tapi tak boleh nak tidur. Aku bergegas bangun pukul 4.00 pagi dan keluar perlahan-lahan dari bilik. Takut Arif terjaga pulak nanti. Aku kutip bakul yang berisi baju-baju kotor lansung turun ke dapur. Masuk dalam mesin basuh le! Baju yang dah basuh malam tadi terus aku pasangkan hanger dan gantung di luar rumah. Bersidaianlah baju-baju seperti kedai dobi je.

Sempat aku menyusun pinggan, menyapu ruang tamu, buang sampah dan kerja-kerja rumah yang lain hinggalah pukul 5.00 pagi. Terdengar hubby macam dah bangun je. Risaukan Arif sementara dia mandi.

So aku pun terus naik atas dan sterika baju-baju sekolah Azri dan Asyikin. Yang menengah memang sterikakan baju sendiri. Aku terus sterikakan baju sekolah ugama mereka yang biasanya aku buat pukul 12.00 tengahari je. Untuk Asyikin tu aku cuma sterikakan baju sekolah ugama saja sebab dia buat sendiri untuk baju sekolah rendahnya. Aku tak harap lagi dengan Azri.

Hari ini awal juga menghantar anak-anak aku ke sekolah. Nampaknya kerja rumah aku banyak yang dah siap gara-gara terlebih awal bangun tidur.

Inilah kebaikannya kalau bangun awal. Banyak kerja-kerja rumah dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Tidaklah kalut pagi-pagi dengan anak-anak nak ke sekolah lagi. Tapi biasanya mata tu berat je nak tidur terus. Aku selalu macam tu... Sekali-sekala terjaga awal memang aku nampak kebaikannya.

Teringat mak aku bercerita tentang arwah nenek aku yang selalu marahkan anak-anaknya bangun lewat. Kata nenek "oghang dah lepaih ke Bote, kome kat tempat tido lagi!" (Orang lain dah sampai ke Bota (Perak), korang masih lagi tidur!). Masa tu arwah nenek aku tinggal di Kampung Lasah, Sungai Siput, Perak iaitu kampung kelahiran aku juga. Daerah Bota tu memang agak jauh le jaraknya.

Maksud arwah nenek aku yang dipanggil 'Embah' (Jawa!) tu kalau bangun pagi lambat kita akan terlepas banyak peluang rezeki. Kerja banyak tak siap, rugi banyak perkara dan jadi pemalas. Orang lain dah maju tapi kita masih ketinggalan.

Jadinya bangunlah awal pagi supaya Allah murahkan lagi rezeki kita dan kerja pun banyak yang siap!

7 comments:

ardinihumaira said...

ololoo comelnye berbaju tdo :)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. setel kerja akak pagi ni sbb berpagi2 yer kak.. mak saya mmg selalu bising klu bangun lewat sejak dulu.. jdnya sampai skrg dah terbiasa bangun pagi.. klu bangun lewat tu mmg boleh pening kepala dibuatnya..

ummiross said...

Berpagi2 ke sini, moga sama2 murah rezeki.
Begitulah naluri seorang ibu dan isterikan, semua mau yang terbaik untuk yang tersayang..

manueng said...

tu la...sy ni slalu bgn lewat...tp skali skala bila tbangun awal n bleh buat byk benda, terase sgt produktif...hehe;)

nur said...

comel ariff!!
tengah prektis bangun awal..

JOM KE: ALL IN ONE

Puan Kutu said...

betullah setuju..murah rezeki bangun awal pagi..tp sy bgun awal pun klu keje pagi..klu tak mau subuh gajah juak.hehe..

LilyGrynn said...

Memang betul. Macam tu juga saya kalau tak leh tidur malam terus ajelah bingkas buat kerja lain. Drp berguling2 atas katil, terkulat-kulat tak tahu nak buat apa, lebih baik bangun aje and do something. Ada gak faedahnya. Tapi itulah, sesekali, sesekala aje berlakunya!