Monday, 21 March 2011
Kereta masyarakat
Dua hari ni hubby pinjam kereta syarikat untuk pergi kerja dan hantar Aishah ke sekolah. Kereta dia dah kena jual hari sabtu lepas. Hubby kata orang tu dah bayar, tak sampai hati pulak nak delay sampai Selasa ni. Yang tak bestnya orang yang beli tu dalam lingkungan jiran juga. Kalau aku di Jalan F, yang beli kereta tu di Jalan D. Hubby kata orang tu yang offer harga tertinggi.
Malam tadi saja je aku lalu depan rumah orang tu. Aku kata pada hubby "yang! 'Wish' tidur kat luar la!". Kalau kat rumah aku, kereta tu park dalam pagar. Manakala kereta aku dok luar pagar. Apa nak buat, tuan baru letak MyVinya dalam pagar. Elok pulak MyVinya warna merah. Sama dengan kereta yang dia beli dari hubby aku, merah juga. Hubby aku memang manjakan kereta dia. Memang elok dijaganya.
Malam tu anak aku bertanya :
Azri : Mana kereta ayah? (Dia pelik bila ayahnya bawa balik kereta kecik, Savvy warna merah)
Aku : Ni lah kereta ayah! Dia bertukar jadi kecik! Warna sama je!".
Azri : Mama ni! Cakap betul-betullah!
Aku : Ayah dah jual kat orang lain!
Azri : Ayah jual kat saper? (Banyak tanya pulak!)
Aku : Kat kawan ayah! Mama tak kenal!
Azri : Habis tu ni kereta saper? (Eeeyyyy...tanya lagi!)
Aku : Ini kereta syarikat tempat ayah kerja!
Azri : Apa mama? Kereta masyarakat?
Aku : Syarikat la...bukan masyarakat! (Adoiii anak oi! Nak kena korek telinga ke?)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tlinga itu kasi korek.. hehehe. kereta masyarakat... wakakaka..tak pnhnya dibuat org..lawak ar. hehe
akk,comel ank akak.hehe..btw kak,thanx ltak blog sy kat bloglist akk.sy pon dah letak akk kat bloglist sy.hehe
hehe budak2 kak memang buat kita gelihati.ada2 saja..:)
huhu. bleh tahan lawak kete masyarakat...
cantik wish merah tu...
I WISH I GET WISH SOON...
takpa,kalau rindu2 kak liza masih boleh jenguk2 si merah itu...
Post a Comment