iklan

Followers

Pages

Tuesday, 22 March 2011

Hatinya je berbunga, bukan aku!

Tengahari tadi kalut aku keluar rumah. Ngada-ngada betul hubby hari ni siap call aku suruh cepat 15 minit. Asalnya nak keluar pukul 12 tengahari. Alasanlah tu kata dia ada meeting pukul 2 petang. Toksah dok bagi alasan le...aku tau apa di hatimu. Tak cukup dengan call, sms pulak "tak sabar ni!" masa tengah dok bersiap lagi. "Sabarlah yang!" Aku balas smsnya.

Maka merempitlah aku ke pejabat hubby aku di Bandar Baru Bangi dengan Nursyafikah kesayanganku. Kelisa kat lane kanan sekali dengan 120~130km/jam kira oklah kan! Nak tambah speed? Mana boleh! Itu tak sedar diri namanya. Kereta Kelisa tu, melayang-layang nanti.

Tiba-tiba dari jauh ada kereta bagi lampu lip-lap suruh ke tepi. Alahai, jauh lagi tu bang! Aku memang selalu ke lane kiri pun kalau nampak ada kereta yang nampak laju je dari belakang. Tak menyabor betul, kerek pun sama. Bila kereta tu memotong aku, hati ni mulalah nak mengata "alaa... Honda Accord je! Kalau setakat 160km/jam tu aku pun boleh, tapi sama-sama pakai Honda le". Dibuatnya aku buat bodoh je tak nak ke kiri? Kau ikut je lah belakang aku ye! Had laju kat highway cuma 110km/jam je.

Pernah sekali aku drive kereta hubby aku dari Perak balik ke Selangor asyik kat lane kanan je. Berlumba dengan BMW pulak tu. Tak senonoh betulkan! Meter kereta 160km/jam je lah sebab maksimum boleh pergi pun 180km/jam je. Mengejar masa nak sampai rumah sebelum malam menjelma. Aku ni kalau dah malam kurang jelas matanya.

Bila sampai rumah je hubby aku tanya, "Mama ada nampak tak kereta Perdana putih kat highway tadi?". "Ada! Warna putih tapi bumper dia hitamkan? Sapa tu?," Aku tanya. Rupa-rupanya member hubby aku balik dari Kedah. Dia ingatkan hubby aku yang drive. Ye lah! Drive 'Wish' dah macam jantan. Bila nak insaf! Gear auto, tekan minyak je lah! Pemanduan stabil dan pick-up pulak tu!

Itu selingan kisah balik kampung kelahiran kerana melawat mak saudara yang baru meninggal dunia.

Sebab dah hampir dengan exit Bandar Baru Bangi, aku guna lane kiri sekali. Kelihatan di cermin sisi kiri aku ada sebuah lagi kereta Proton Saga baru meluru dari belakang dan terus masuk exit Bandar Baru Bangi di depan aku. Cis! kurang asam betul! Aku follow je... padan muka, depan dia ada kereta Wira yang dok terhegeh-hegeh. Terpaksalah dia follow dengan aku rapat di belakang dia pulak.

Bila masuk tol je rasa macam nak gelakkan je! Bayar tunai je bang? Kalau nak cepat pakailah smart tag macam saya ni. Mentang-mentang kereta aku kecik, buruk pulak tu boleh kau potong dengan cara yang tak sopan? Babai... kau beraturlah kat situ. Jangan lupa beli smart tag lepas ni kalau rasa-rasa nak cepat selalu.

Melepasi tol kenalah lalu round about pulak. Ada banyak kereta berhenti kat tepi round about tu. Ada yang kena sondol rupanya. Banyak pulak tu, dalam 4 buah kereta juga. Tak taulah, bukan waktu busy pun yang boleh nak sondol-sondol. Awal pagi memang selalu jem kat situ.

Aku terus je ke pejabat hubby. So tukar driver, aku jadi penumpang le pulak. Lalu ikut Sungai Ramal Luar untuk ke Cheras. Ada accident di susur kiri nak Cheras depan Sungai Ramal Luar tu. Agak ganas juga sebab kereta tu boleh terbang melepasi longkang sebelah kiri. Tanah berbukit pulak tu. Tak boleh aku nak bayangkan macam mana boleh jadi gitu.

Kebanyakan driver kat Malaysia ni memang ganas-ganas ye! Tapi aku tengok pak-pak Arab kat sini pun brutal juga. Depa kan suka beli cash terutamanya Proton Iswara aeroback. Kadang-kadang kat tempat sibuk pun nak bawak laju-laju. Entah apa-apa!

Sampai juga ke Honda dealer kat Cheras tu. Mr. Ray sudah sedia menanti. Hati hubby semakin berbunga, cuba sembunyikan riak 'bunga-bunga' tu diwajahnya. Macam biasa dia akan check betul-betul buah hatinya yang baru tu. Maklum le kerja kat jabatan QA/QC.

Hubby bagi aku kunci je? Bukan aku ke patut drive? Berlagak ye! Hubby aku sengih je! Dapat apa yang diidamkan. Aku jugalah yang kena bawak balik Nursyafikah! Hubby bawak balik kereta baru. Belanja aku makan pun tidak!


Inilah contoh New Honda Accord 2011, Klik sini! Tak aciii....aku nak Honda City!

10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

nak honda city jugaaa
:'(

zati embong said...

putih kak?cantik!serius!

ummiross said...

Header cantik, kereta pun cantik..
apalagi nak..?

Siti Hajar Masri said...

wah..bestnya..sy minat honda civic je..:)

Puan Kutu said...

dasyat drift! mmg solute ahh..hehe

Hani said...

city memang besh...civic lagii laaa beshhh...

Asni Misri ❤ said...

akak di tag GA.sila dtg blog sy ;)

So Shy Lady (SSL) said...

wah boleh tahan mrempit ye! ;P
suka sgt2 lah si hubby tu, kan

Ramziah Mangsor said...

Haha~ macam cerita pasal pemandu ye.. jgn laju2 sgt..

Nk honda jugak!

Unknown said...

wahh... :D