Kesian abang, kereta mahal-mahal tapi lampu signal tak tau camner nak guna. Canggih sangat sampai abang tak reti nak guna lampu signal tu. Kereta Kelisa saya ni senang nak guna lampu signalnya... maklum le kereta basic je! Manual pulak tu! Sama je dengan kereta yang abang guna masa nak ambik lesen kereta kat JPJ dulu. Kalau zaman saya dulu pakai kereta buruk Datsun 120Y tu je!"
Apalah yang aku ngarutkan tu? Geram je aku bila orang tak bagi signal bila nak membelok. Kalau dia sorang-sorang kat jalan tu ok juga. Cermin sisi dan pandang belakang buat hiasan agaknya. Lampu signal rosak? Mungkinlah kot? Bersangka baiklah kononnya!
Nasib juga aku pun nak belok ke lorong yang sama. Beriya-iyalah aku ni bagi signal awal-awal... Oooo kau nampak aku bagi signal nak belok lorong sama dengan kau, maka kau pun fikir tak payah sebab takut bateri habis?? (Lawak mana aku dapat ni?)
Bagi lampu signal bila nak membelok memang perkara wajib dalam ujian oleh JPJ. Jangan sebab yang sangat mudah nak dilakukan akan menyebabkan nyawa anda atau yang paling menyebabkan sakit hati bila anda adalah penyebab utama kepada kematian insan lain. Please! Jangan malas sangat nak bagi signal!
p/s : Teringat kes kereta kancil kena sodok dengan 'lori hantu' dari belakang kerana tak bagi lampu isyarat membelok dan lori tu pun memang hantu kerana ikut terlalu rapat. Driver kancil meninggal di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment