iklan

Followers

Pages

Monday, 14 March 2011

Susah kalau dah lupa diri

Susah nak menangani orang yang lupa diri ni. Ini lebih terarah kepada mereka yang punya isteri atau suami. Anak-anak bujang kena ambil ikhtibar ye. Jangan ikut perangai senior-senior yang lupa diri ni. Alhamdulillah pada mereka yang masih mengingati siapa diri sendiri.

Status 'married' ni bukan saja suka-suka nak menghalalkan perhubungan dua insan yang bukan muhrim je. Selain daripada nisbah pahala yang berganda jika buat perkara baik, ia juga menuntut lebih tanggungjawab. Apa pula kaitan dengan lupa diri ni?

Cuba kalian perhatikan sekeliling kita yang terlalu banyak kes anak-anak terbiar dan suami isteri bercerai-berai. Macam dalam entry lama aku dulu : Masalah kecil pun nak bercerai! Antaranya sebab lupa diri. Lupa status 'married' yang masih dok ingat bujang lagi dan tiada tanggungan agaknya.

Ini bukan lupa diri ke bila suami pergi kerja dengan kereta besar dan bergaya, rumah teres dua tingkat pun cantik juga tapi selamba saja melangkah pergi kerja dengan peti sejuk kosong dan duit pun tak bagi pada isteri untuk beli makanan. Isteri nak masak apa? Anak-anak isteri kena puasa agaknya. Lain le kalau hidupnya memang susah. Sekali-sekala boleh le di terima. Kalau hari-hari isteri nak mengingatkan, naik muak pulak si isteri. Itu pun dapatlah RM50 untuk sebulan???? Kalau beli barang basah pun bolehlah kot lepas untuk seminggu je. Itu yang syaitan mula menghasut si isteri cari suami yang lebih sedar diri. Jangan begitu... fikir anak-anak! Sampai bila?

Isteri bukan main bersiap-siap lawa nak keluar, nak jumpa kawan katanya. Terlupa pula rumah tak berkemas, kain baju belum berbasuh dan makanan untuk anak-anak dan suami pun tak disediakan. Sanggup keluar bersantai dengan kawan-kawan di luar atau pergi shopping. Kesian anak-anak di rumah yang kelaparan. Terpaksa menguruskan diri sendiri. Macam anak yatim pulak ye. Suami pulak yang terkocoh-kocoh di dapur menyediakan makanan untuk anak-anak. Tak pun beli siap di kedai. Dah serupa macam duda pulak. Eh! Menduda lagi bagus agaknya!

Aku bagi dua contoh dah la kan. Kalau banyak takut panas nanti. So aku ingatkan diri aku yang berstatus isteri supaya jangan lupa bahawa hidup aku bukan seorang. Aku ada anak-anak yang bukan hanya perlu di penuhi keperluan makannya, pakaiannya, ilmunya malah kasih sayang dan perhatian dari seorang ibu. Setiap apa yang aku lakukan harus juga memikirkan tentang suami dan anak-anak.

Kalau aku terlalu mencari kekayaan dengan memnuhi semua appoinment client dan keseronokan diluar bersama teman-teman pun tiada makna juga jika aku terpaksa kehilangan kasih sayang ahli keluarga kita. Sekali-sekala mungkin tidak mengapa tetapi harus memberitahu pasangan dan anak-anak agar mereka memahami. Jangan lupa diri nak reunion sampai pukul 12 malam, aku ni dah mak orang! Balik! Anak-anak dan suami menunggu di rumah.

5 comments:

MOMMY CGG said...

ye la..
setuju sangat!

Liza @ Adzriel AB said...

CGG : he..he..takut!

* ainul AB * said...

perghhhhhh....... :-D

Liza @ Adzriel AB said...

* ainul AB * : Ya Allah... ingatkan daku..*(^_^)*

LilyGrynn said...

Memang betul tu. Sejak jadi isteri dan ibu, apa-apa pun selalu fikir tentang keluarga dahulu, diri yang kedua. Kadang-kadang rasa berbaloi, kadang-kadang makan hati jugak. Tapi dah itu adat resam kehidupan, betul tak?