Geramnyalah bila tengok anak boleh berguling-guling depan kedai mainan sebab mak ayah tak nak belikan mainannya. Kalau mak ayahnya sabar, dipujuk le. Kalau tidak makan penampar atau kena cubit le budak tu. Tak pun aksi guling membuahkan hasil, dapat mainan yang dihajati.
Ada juga anak yang perangainya suka lap tangan kat dinding selepas makan. Bertuah betul! Aku sebut sebab pernah jumpa sorang. Tapi ramai juga yang selamba tak basuh pinggan selepas makan. Tak kurang juga yang asyik nak berdukung aje dan kejap-kejap merengek.
Memang le pening bila sebut perangai-perangai yang negatif anak-anak ni sampai ada mak bapak yang dah putus asa. Padahal budak tu kecik lagi, dah putus asa. Lain le kalau dah dewasa masih lagi perangai macam tu. Selagi boleh di ajar, teruskan usaha membetulkan keadaan. Gunalah pelbagai cara yang baik le... jangan guna cara yang bukan-bukan seperti melanggar undang-undangdan agama tu udah le.
Kita bukan tahu entahkan anak yang paling nakal itulah yang akan menyenangkan hati kita, yang paling rapat dengan kita dan yang sentiasa mengirimkan doa buat kita bila kita telah tiada di dunia nanti. Sebagai ibu-bapa jangan putus harapan dengan anak-anak yang 'canggih' ni. Kalau kita berputus asa, orang lain lagilah tak ambil kisah. Itu anak kita, tanggungjawap kita juga.
3 comments:
sy rasa, sy x pnh lg guling2 dpn kdai time kcik dlu... hehe
panduan utk jat nnti..
tp betul,kadang2 g mall tgk budak2 yg nangis sgt kesian,leh je mak ayah dia men bantai depan2 org ramai.huhu.speechless je.
wah..bestnyer ade anak..xsabar nak merasa jd ibu...huhu
Post a Comment