iklan

Followers

Pages

Monday, 10 October 2011

Diriku semakin berusia tapi tak sedar diri!

Masing-masing sendiri rasa perubahan diri bila umur semakin meningkat. Ada yang sama, ada yang lain sikit. Cepat atau lambat walau pun usia sama. Bila kelihatan lambat perubahan terutama pada pada wajah, orang kata awet muda. Tetapi ada juga nampak muda tetapi matang.

Aku sendiri pernah juga tertipu dengan usia ayah rakan aku semalam. Aku tanya berapa umur ayahnya tu? Nampak cergas saja lagi. Sudah 60 tahun katanya. Pada pandangan mata aku wajah ayahnya kelihatan seperti sudah menjangkau usia 70 tahun. Nampak lebih berumur tapi cergasnya bergerak ke sana sini bukan seperti mereka yang biasa berusia 70 tahun.

Bahagian masing-masing yang Allah kurniakan, tapi kena juga ada usaha untuk menjaga apa yang patut.

Aku mula merasakan usia aku semakin tua bila :

1) Sering terlupa - terlupa mana letak kunci kereta, terlupa nak tutup lampu bilik air, terlupa nak tutup paip tadahan air tapisan dan macam-macam lagi. Tidaklah selalu atau teruk sangat tapi terasa jugalah sifat tu.

2) Panas baran berkurang - dulu-dulu cepat aje nak marah kalau anak-anak buat hal, ada orang lain provok dan tak kena. Sekarang ni ada juga tapi tidaklah secepat zaman muda remaja dulu. Kadang-kadang mampu buat tak tahu lagi. Dah bosan agaknya..he..he..

3) Tidak secergas dulu - Masa sekolah dulu aktif main volleyball dan kadang-kadang netball. Tapi bacalah apa yang aku rasa semasa main olleyball kat entry NI. Boleh lagi nak menebas lalang belakang rumah tu, cuma letihnya cepat terasa. Lebih-lebih lagi sejak anak dah lima ni.

4) Alamak! Ada kedut sikit bawah mata - Ini yang tak bestnya. Tapi kalau usia dah menjengah angka 60-an boleh ke nak elak kedut? Kelakar pulak rasanya. Tak boleh elaklah juga... dah tua, tualah juga. Tak kan nak melawan hukum alam pulak.

5) Boleh share macam-macam barang dengan anak - Baju, kasut, tudung.

Cuba korang teka mana satu :

Kasut aku dan anak dara aku yang sulung


Kasut hubby dan anak teruna aku anak kedua

p/s : Banyak-banyakkanlah lagi amal...

15 comments:

ct rahani said...

bab pelupa tu sy pun sama kak.. kdg kalau letak sesuatu barang x sampai 5 minit pun leh lupa.. terasa usia makin meningkat..

mas saari said...

betullah kak...
saya ni kalau lupa mesti anak yg ingatkan!

Aku Ibu Muda said...

kak liza...kalo kes wani yg baru masuk 26 tapi serba serbi lupa ni, berusia jugak ke? hahahaaa

zahidah seran said...

saya dah tumbuh uban..huwaaaaaaa....

aimie amalina said...

tetibe sy rase sy dh tua jugakkk
waaaaaa =(

zati embong said...

hehe kak,ni bkn saiz je sama,brand pn sama.hihi.

alongxp said...

alah...sy yg belum 30 ni pon dah jd pelupa...
p/s:bile tukar rupa ni?huhu, xnk bertukar kpd wordpress lak ke?

ummiross said...

bila tengok anak dah besar panjang, baru terasa dah lama zaman muda berlalu..

Dinas Aldi said...

Akak dah memang lama dah tua hehe tapi yg penting ceria & redha dengan diri sendiri sebab kalau la ditakdirkan boleh patah balik ke zaman muda, memang akak tak mau. Sekarang jugak yg best :)

S..U..D..@..I..S said...

bukan tua lama sket je

diana said...

saya pun ada dah ciri2 dah tua tu..
tapi tak nak mengaku jugak..
hahahahah...

Citarasa Rinduan said...

sedar tanpa kita perasaan umur semakin meningkat..
mujur tuhan kurniakan uban..
hhehehe.. terus sedar diri

tapi, sampaikah usia kita hingga berpuluh2 tahun>
waalahualam

IMANSHAH said...

saya pun pelupa

MaYa MustWany said...

ehh naper semua tanda tuh macam de sikit2 kat mas.ha3..

Hani said...

Salam
Kak Liza jgn lupe tido dah lerrr...