iklan

Followers

Pages

Monday 24 October 2011

Parkinglah dulu kenderaan tu kat tepi!

Gambar dari Google

Geleng kepala aku tengok kerenah ibu bapa dan pemandu van yang menurunkan anak-anak mereka di depan sekolah rendah agama di tempat aku. Masing-masing nak turunkan budak-budak sekolah di tengah-tengah jalan utama. Tak ada hati lansung nak berhenti di tepi bahu jalan.

Susah sangat ke diaorang nak berhentikan kenderaan di tepi bahu jalan yang aku tengok memang kosong pun. Kenderaan yang di belakang pun terpaksa beratur menunggu. Satu situasi yang agak menjengkelkan bagi aku. Situasi yang tak sepatutnya menunggu lama tapi dek kerana malas masing-masing, yang 5 saat jadi 5 minit.

Apalah salahnya pergi ke tepi bahu jalan dulu. Beri laluan pada orang lain yang hanya nak lalu di situ. Lainlah kalau tak ada ruang lansung nak parking. Ini sangat-sangat kosong di kiri kanan bahu jalan. Aku perhatikan hampir kesemuanya buat perangai yang sama. Kalau ada yang ke tepi pun mereka yang menghantar anak menggunakan motosikal.

Tadi ada sebuah kereta tu sempat pulak pemandunya nak bertanya itu dan ini pada penjaga lalu lintas sekolah yang kebetulan berada di tengah garisan jalan. Alahai cik kak! Ada hampir 5 buah kereta di belakangnya sedang menanti sama ada hanya nak lalu atau mungkin nak turunkan anak ke sekolah. Macam tak ada rasa bersalah pun. Pening kepala aku tengok! Hanya mampu memerhati... tau ajelah orang sekarangkan. Tak kiralah yang lemah lembut pun boleh jadi brutal bila memandu di jalan raya. Apatah lagi yang panas baran. Tak boleh ditegur.

Bila ada hajat nak turunkan anak di sekolah atau nak bertanya sesuatu dengan orang lain di jalanraya, bawa-bawalah ke tepi dulu. Jangan ganggu lalu lintas orang lain. Tak pasal-pasal dapat sumpah seranah. Macam-macam doa tak baik orang kat kita. Kalau kita tak suka, begitu juga dengan orang lain.

7 comments:

Misz-ella said...

Ini namanya pentingkan diri sendiri. Tak consider org langsung!! Kan liza.

Youpie Eppy said...

Suke entry ni :)

Hanis Azla said...

ramai yg mcm tu.. jaga hal sendiri saja tanpa memikirkan hal org lain.. tak patut betul..

BeloG MTT said...

Kadang kadang manusia ni lebih suka menyusahkan orang lain dari menyusahkan diri sendiri kann =..="

Unknown said...

asal diri sendiri senang sudah la..
betul2 pentingkan diri..
dia tak letak diri dia kat tempat orang..

ummiross said...

kalau sekolah kat tepi jalan selalu jadi situasi macam ni, tak pasal2 orang lain tersekat sama kan Liza

mas saari said...

pentingkan diri sendiri orang camni..pastu tak kisah pasal keselamatan anak2!