iklan

Followers

Pages

Saturday, 8 October 2011

Duit menipu niaga online tak berkat!

Dapatkan Jamu Sihat Wanita di http://adzrienshoppe.lot.my/

Panas hati juga baca entry ni. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Sikap orang yang nak dapat duit dengan cara keji iaitu menipu dalam bisnes online. Konon-konon nak menjual barang tapi barang tak ada atau sengaja salah hantar barang. Kesian para pembeli yang tertipu.

Sikap dia menyebabkan para pembeli rugi duit dan orang mula susah nak percaya dengan peniaga secara online.

Sebagai pembeli kenalah berhati-hati. Tips-tips shopping online ada banyak dan boleh search kat internet.

Para peniaga online juga kenalah berusaha untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Semuanya berpegang kepada kejujuran dan menjaga etika dalam berniaga. Tips nak berniaga secara online pun boleh juga search di internet.

Eloknya bila korang tertipu dengan peniaga macam ni, buat report polis. Tapi pastikanlah korang berada di pihak yang tak buat silap.

Di sini, rakan blogger Nik dari Journal of my life share tentang penipuan itu dalam entrynya berhati-hati dengan perempuan ini

Betulkan aku jika tersilap... aku pun berniaga on line, terasa geramnya! Blog Adzrien Shoppe aku sedang edit dan kemaskini isinya, itu yang aku blockkan kejap. Dah ok nanti baru aku canang-canangkan semula.

Tapi aku ada satu lagi web yang aku baru buat khas untuk jual jamu keluaran T-Warisan Anggun sahaja di http://adzrienshoppe.lot.my/. Cara pembelian lebih mudah dan telus. Jenguk-jenguklah situ... ada bakul troli untuk korang shopping..he..he..

Nak tudung, klik Asterisk Boutique.. bayar pakai Pay Pal pun boleh.
Nak kosmetik halal, klik Beauty Farmasi.. ada booth sendiri di Giant, Kelana Jaya
Nak spare part kereta, klik Restu Supply.. area Kajang, Bangi, Serdang je, tuannya hantar barang ke tangan pembeli sendiri.

Berhati-hatilah... Duit yang dapat hasil menipu orang hanya merosakan badan dan minda je. Duit haram tak ke mana pun perginya. Tak ada keberkatan dapat rezeki hasil menipu ni.

6 comments:

ummiross said...

MasyaAllah, ummi dah baca Liza, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, tapi takpe Liza, kita pakai belanga lain, tak sama dengan dia, insyaAllah tak rosak!

atuk said...

Assalamualaikum Liza

boleh buat pengaduan kpd persatuan pengguna

Wassalam

ayu jamal said...

haishh..dh banyak kes mcm ni..
kadang geram jugak..sebabkan 2 3 kerat ni j..yang lain habis kena kerat,,haishh

pena rozie said...

Terus terang ckp x sula beli on9 sbb takut kene tipu.

diana said...

la..
tak malu ke menipu macam tu..
sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..

puanbee said...

so far tk pernah kena tipu lagi hehhe.. pilih2 ler nk beli tu cr org yg kenal2 aje