iklan

Followers

Pages

Friday, 14 October 2011

Bahasa SMS, tengok tempat le dik oiii!

Jangan amalkan berSMS semasa memandu, bahaya.. gambar dari SINI

Bahasa ringkas dan singkat untuk cepat, jimat ruang dan mudah dalam SMS. Kadang-kadang boleh buat aku pening juga nak baca. Tapi tidaklah buat lawak macam kawan sorang ni bila maksud TQVM pun tak tau dalam entrynya INI. Nyaris tak gelak guling je aku.

Ada para guru dan ibu bapa yang risau dengan situasi menaip bahasa ringkas ini di SMS. Bukan setakat SMS je, aku lihat ada banyak juga blog yang suka menaip dengan bahasa ringkas ni. Bila 'masuk' = msk, 'nanti' = nnt, 'dalam' = dlm, 'sikit' = ckit dan macam-macam lagilah. Ada je idea nak meringkaskannya. Macam bahasa kod saja.

Apa yang diaorang risaukan sebenarnya. Depa risau kalau anak-anak akan menggunakan bahasa-bahasa sedemikian dalam peperiksaan atau pun urusan rasmi dek kerana terlalu biasa berSMS dengan bahasa ringkas ni.

Aku rasa masa aku sekolah dulu lagi dah guna singkatan-singkatan perkataan ni dalam membuat nota ringkas. Kakak akulah paling rajin menulis nota Geografinya pada kertas kajang yang dilipat-lipat. Kadang aku pun tak faham apa yang dia tulis sebab banyak singkatan perkataan.

Pun begitu tidak pula aku gunakan singkatan tu dalam peperiksaan. Situasi mungkin berbeza jika nak kita bandingkan dulu dan sekarang. Dulu singkatan hanya digunakan dalam nota ringkas milik sendiri dan berapa kerap sangat kita menulisnya. Sekarang boleh hari-hari mengadap handphone berSMS dengan teman-teman. Belum masuk menengah pun dah ada handphone milik sendiri.

Alhamdulillah setakat ini anak-anak aku tak ada yang buat perangai guna bahasa SMS ni dalam buku-buku mereka. Takut tangan berbirat kena rotan atau cair taik telinga buat dek aku, mama yang agak garang ni. Garang aku pun, apa-apa masalah cari aku juga. Tidak pulak nak mengadu pada ayahnya yang kurang garang tu. He..he..

Sekali-sekala elok semak buku-buku sekolah anak dan ingatkan mereka selalu agar jangan gunakan bahasa SMS dalam peperiksaan. Karangan dan bagus tapi banyak kena potong markah sebab banyak sangat guna bahasa SMS. Buat rugi je!

6 comments:

sitiezahim said...

aa kan kak liza, dulu ketas kajang tuh lipat 2 or 3, unt buat nota..hehehe nostalgia tuh

Aku Ibu Muda said...

wani pon garang gak kak liza kalau bab2 penggunaan bahasa gini...

masa ngaja dulu, mmg rotan je.,.

HEHE

Kak Aya said...

sama dengan kak aya, bab bahasa agak tegas sikit.

zati embong said...

jat kalau msg tgk org,kalau dgn bos atau psl kerja wajib taip full.bahaya kot2 ada salah faham.hihi

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

masa awal2 berblog buat gak camtu.pastu dah tak buat dah.msk..masak pun boleh, masuk pun blh..org susah nk fhm entri kita

Ms Ef Abas said...

baru-baru kawan sepejabat kena tegur dengan boss sb bagi email guna bahasa ala sms. merah padam muka...