iklan

Followers

Pages

Tuesday, 4 October 2011

Nak ganjaran kenalah berusaha, good luck kakak!


Aishah dengan beg Poohnya. Ini gambar pada tahun 1999, baru 3 tahun pun. Suka sangat bergambar. Inilah anak sulung aku yang dah pun genap berusia 15 tahun pada 25 September 2011 lalu.

Hari ini, 4 Oktober 2011 bermula perjuangannya menghadapi PMR. Aku yang suspen tapi rasa tu simpan dalam hati aje. Hubby pun dah siap ambil cuti sepanjang minggu ni. Cuti banyak, maka inilah peluang nak habiskan cuti pun.

"Tawakal sajalah atas segala usaha yang telah kakak buat", pesan aku pada Aishah.

"Kalau nak hadiah yang diidamkan tu kenalah dapat 8A. Lepas tu baru boleh tuntut hadiah tu dari ayah!", senyum-senyum aje aku beritahu dia. Aishah tersengih je! Sendiri mau ingatlahkan. Kalau nak hadiah tu, buktikan le!

Dia idamkan kamera Canon ni. Bukan main lagi nak hadiah mahal-mahal. Tercekik kejap ayahnya nak membeli. Demi anak tersayang, akan diusahakan juga. Bukan selalu pun dia minta hadiah yang bukan-bukan. Sedaplah cakap sebab bukan aku yang nak beli. Ayahnya dah setuju, maknanya OK lah tu.


Gambar dari SINI, klik jika nak baca detail tentang kamera ni

Aku bawa Aishah ke kedai kamera di Warta, Bangi untuk lihat kamera ni. Staff kedai tu buat demo lagi. Saja nak beri galakan pada Aishah.

Gambar dari SINI, pemilik gambar pergi ke kedai yang sama di Warta, Bangi.
Cantik-cantik gambar yang dia ambil.

"Kalau kakak mahukan ganjaran, kenalah berusaha untuk mendapatkannya. Hidup tanpa usaha memang susah nak ke mana pun", pesan aku lagi padanya.

Apa pun aku doakan dia berjaya mendapat keputusan PMR yang diidamkan. Tidak pun sesuai dengan usaha yang telah dia lakukan. Moga dapat menjawap soalan-soalan dengan tenang. Jangan tension-tension. Aku terima seadanya.

11 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

all the best for PMR utk Aishah =)

IMANSHAH said...

semoga berjaya insyaALlah

Hanis Azla said...

good luck to aishah.. insyaAllah, ada rezeki kamera tu bakal jd milik aishah..

E-na Lovely Kitchen said...

ganbatte kudasai Aishah! ganjaran yg sgt menarik...mesti dapatkanya Aishah!!!

pena rozie said...

Selamat berjaya...

Cik Puan Zura said...

bestnya dapat dslr..kuikuikui..bagus tu dia minat photography... :)

diana said...

kalau aishah dah dapat kamera nanti boleh la letak gambar2 cun kat blog aishah tu.>;p

makin sakan la ibu dia berposing..
hehehehh

Muhammad Burn said...

mampu apa slhnya. tp jgn sampai bgitu mudah mndpt sesuatu. tkt2 easy come, easy go... bkn apa, bdk2 zmn skrg ni mmg bertuah dan mewah dr segi material. skolah rendah dah dibagi hanset. sy dpt 7A 1B dlm PMR. tak dapat apa pun. huhu... masa UPSR dulu ada. dpt akuarium. sbb mmg hobi sy bela ikan. sampai skrg tu lah hadiah yg sgt bharga. ayh susah masa tu, tp dia beli jugak sbb bangga. bila beli sesuatu utk sy, duit utk keperluan lain terpaksa dicatu. kng2 balik mmg sedih...

Dinas Aldi said...

Semoga Aishah berjaya, insyaallah :)

jeBateja said...

semoga berjaya....minta sekali percutian ke bandung....ahakz

ummiarissa said...

memang biasa yang berdebar mak ayah kalau anak yang amik peksa..semoga dapatlah apa yang dihajati..

p/s:sama nama anak saya ke2