iklan

Followers

Pages

Wednesday 5 October 2011

Fright Night kembali, dah tengok?

Aku pernah tengok cerita ni semasa aku habis SRP dulu rasanya. Baru berusia 15 tahun pun. Sekarang anak sulung aku pun dah 15 tahun usianya. Dah lama sangat cerita Fright Knight ni. Tengok video je pun. Memang cukup takut aku tengok masa tu. Tengok pun dengan intai-intai celah jari yang tutup kat muka. Kelakar pulak rasanya.


Sekarang ada versi baru pulak. Aku belum tengok lagi. Kalau nak tengok juga kenalah ajak hubby sebab filemnya dalam kategori 18 tahun ke atas. Kalau tengok trailernya, banyak aksi-aksi menakutkan. Tapi aku tak adalah penakut macam dulukan.



Cerita A Nightmare On Elm Street paling mengerikan buat aku. Tak senang duduk masa tengok cerita ni. Ngeri, ngilu, takut semua ada.. Boleh tengok kat link ni : http://youtu.be/fgOx7-z-lmg

No comments: